in , ,

Tempoh Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Berkemungkinan Dilanjutkan 2 Bulan?

Adakah berkemungkinan tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan berlanjutan sehingga dua bulan lagi? Ini jika penguatkuasaan yang bermula 18 Mac sehingga 31 Mac ini, gagal mengekang penularan wabak COVID-19 di negara ini.

Tempoh Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Berkemungkinan Dilanjutkan?

Prof Dr Sazaly Abu Bakar. Foto – HMetro

Seorang Pakar virologi, Prof Dr Sazaly Abu Bakar, tidak menolak kemungkinan itu jika rakyat terus mengabaikan penjarakkan sosial, berdegil dan mengingkari perlaksaan PKP serta tidak mengutamakan amalan batuk dan kebersihan dengan betul.

“Jika masih ada kelompok rakyat yang berdegil, situasi semasa yang memerlukan kita duduk di dalam rumah, boleh berlanjutan sehingga enam hingga lapan minggu lagi.

“Masalahnya, rakyat kita tiada disiplin seperti warga Korea atau Jepun. Ketika ke hospital semalam, saya lihat masih ada yang bersentuhan dan tidak menutup mulut ketika batuk,” katanya ketika dihubungi oleh Berita Harian.

Sazaly berpandangan, selain dari kedegilan di kalangan rakyat negara ini, faktor lain yang mungkin menyumbang kepada kegagalan mengakhiri penularan jangkitan COVID-19 adalah tindakan ribuan orang ramai pulang ke kampung halaman selepas PKP diumumkan oleh Perdana Menteri.

perintah kawalan pergerakan
Orang ramai berpusu-pusu balik ke kampung selepas pengumuman Perlaksanaan PKP oleh kerajaan. Foto – Odisi

“Adalah satu kesilapan apabila orang dari kawasan tinggi jangkitan, iaitu Kuala Lumpur dan Selangor, balik ke kampung.

“Kita seolah-olah tidak belajar pada kesilapan sama dilakukan Itali, yang akhirnya menyebabkan wabak coronavirus bertambah kronik di negara itu,” katanya.

Beliau berharap strategi penguatkuasaan yang lebih agresif sepertimana Korea, Jepun serta Taiwan yang bertindak agresif melaksanakan ujian komuniti dengan mengerah jentera perubatan mereka membuat ujian dari pintu ke pintu.

Katanya lagi, ketika ini apa yang kita praktikkan adalah menunggu orang sakit atau disahkan positif (melalui pengesanan kontak) datang ke hospital. Ibaratnya menunggu sama ada mangsa sakit, pulih atau meninggal dunia.

“Sekarang ‘darur4t’ dan sedang berper4ng, tidak boleh menggunakan cara lama ini. Di Korea dan Jepun, mereka kerah jentera perubatan cari pesakit.Sebagai contoh, Korea membuat 20,000 ujian COVID-19 dalam sehari.

Cadang laksanakan ujian komuniti oleh jentera perubatan dari pintu ke pintu

“Kita perlu masuk ke kawasan yang dikategorikan tinggi wabak dan uji semua orang dalam kawasan itu. Jika positif, ajar kaedah kuarantin dan terus beri ubat, tidak semestinya mereka perlu ke hospital.

Menurutnya lagi ujian komuniti ini bukan saja dilakukan oleh KKM, malah polis, tentera, pihak universiti dan badan bukan kerajaan (NGO) berkelayakan juga boleh dikerah membantu. Dalam situasi ini kita harus gunakan apa saja sumber yang ada, tidak boleh lagi bergerak sendirian.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan negara ini mungkin menjadi seperti Itali jika langkah agresif itu tidak dilakukan.

Beliau turut meluahkan rasa bimbang terhadap peningkatan kes jangkitan COVID-19 yang tidak berkait dengan kluster tabligh sekali gus menggesa KKM segera melaksanakan penjujukan genom virus bagi mengenalpasti punca jangkitan berkenaan.

Perlaksanaan ini perlu disegerakan untuk mengenalpasti punca mengapa majoriti kes kem4tian akibat coronavirus di Malaysia, membabitkan golongan berusia 60 tahun ke bawah, berbeza dengan kes di China, Itali, Jepun dan negara lain.

“Tujuh daripada 10 kes kematian di Malaysia adalah 60 tahun dan ke bawah, sedangkan negara lain majoriti kes kematian adalah individu 60 tahun atau 80 tahun ke atas.

“Kita perlu kenal pasti menerusi penjujukan genom, sama ada virus yang menyerang di Malaysia lebih bahaya serta dari mana datangnya virus yang menjangkiti jemaah tabligh dan kes-kes lain,” katanya.

Setakat artikel ini ditulis, berasaskan sumber KKM, Malaysia mencatatkan 11 kem4tian yang membabitkan lelaki berusia 74 tahun (daripada kluster Tabligh) dan 70 tahun (latarbelakang penyakit kronik) dan mempunyai sejarah perjalanan ke Indonesia pada Feb 2020.

Sama-samalah kita mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) agar Covid !9 berjaya diputus rantaiannya. Semoga kita semua sedar akan bahayanya wabak yang melanda dunia ini.

Written by Admin

Saya lelaki biasa yang ada perlindungan takaful dan insurans. Suka travel seperti orang lain. Pernah naik flight untuk travel seperti Air Asia, Malindo, Malaysia Airlines, Fire Fly, Scoot, Singapore Airlines, Qantas, Thai Airways, British dan sebagainya. Makan juga nasi, KFC, Mc Donalds, Burger Kings. Minat forex tapi tak pandai. Sikit duit dalam simpanan akaun di Maybank, CIMB Bank, Hong Leong Bank dan AmBank. Membeli belah dengan kemudahan AEON Cards.

cara mohon bantuan rm600

Cara Mohon Bantuan RM600 Bagi Pekerja Yang Terpaksa Ambil Cuti Tanpa Gaji. Permohonan Di Buka Hari Ini

doa pemanis wajah

Doa Pemanis Wajah Agar Kelihatan Cantik dan Bercahaya