in ,

Tentera Melaka Melawan Portugis Menggunakan Senjata Api, Bukan Hanya Keris atau Senjata Tajam Lain Seperti Yang Kita Dengar Sebelum Ini.

Melawa Lawan Portugis Guna Senjata Api, Bukan Parang

Sewaktu kita belajar sejarah Melaka dahulu ada guru sejarah dengan cara berseloroh membuat cerita bagaimana Melaka nak menang perang dengan portugis sedangkan mereka hanya menggunakan parang, keris, tombak dan beberapa senjata tajam yang lain manakala tentera musuh menggunakan senjata api termasuk meriam.

Gambar Hiasan

CERITA MELAKA SEMASA SEKOLAH DULU

Masih ingat kata-kata cikgu dulu:

“Macamana tentera Melaka nak memang, semasa Portugis datang dan menyerang, orang-orang melaka baru saja bersilat Portugis dah tembak”.

Begitulah lebih kurang apa yang cikgu cakap dulu. Masa tu percaya bulat-bulat apa yang cikgu kata. Mungkin dia bercerita sambil bergurau. Kini setelah kajian demi kajian dan pencarian demi pencarian fakta dibuat, baru kita tahu bagaimana orang-orang Melaka dahulu berperang. Sebenarnya buku sejarah yang kita belajar dulu hanya menceritakan secara ringkas sahaja tentang Melaka.

John Crawfurd memetik catatan De Burros dalam bukunya, A Descriptive Dictionary of the Indian Islands and Adjacent Countries, bahawa ketika Portugis menawan Melaka, mereka berjaya merampas antara 3000 hingga 8000 senjata api daripada Melaka, dan De Burros sendiri mengatakan bahawa Portugis sendiri tidak mampu untuk menghasilkan senjata api sebanyak itu. Bahkan catatan De Burrous menjelaskan lagi kepada kita bahawa Portugis menjumpai sebuah meriam Melayu Melaka yang jauh lebih besar daripada meriam yang dipunyai oleh Portugis dan meriam itu telah dihantar ke India.

SEJARAH RINGKAS

Kerajaan Melayu Melaka terkenal di seluruh dunia sebagai sebuah empayar yang luas dan kukuh dari semua sudut samada pemerintahan, ketenteraan, kawalan jajahan dan undang-undang. Empayarnya merangkumi hampir keseluruhan Tanah Melayu, sebahagian Timur Sumatera dan Kepulauan Riau Lingga.

Melaka pernah menjadi pusat perdagangan dunia kerana kedudukannya yang SANGAT strategik. Ia menjadi pusat pertembungan semua saudagar dari Timur dan Barat seperti dari China, India, Timur Tengah, Asia Timur dan Kepulauan Melayu.

Sekitar Pelabuhan Melaka Ketika Itu

Melaka juga menjadi pusat penyebaran agama Islam. Sebab itulah ia menjadi tumpuan pendakwah-pendakwah kerana Islam diisytiharkan sebagai agama rasmi dan dianuti oleh sultan serta rakyatnya.

Selain itu Melaka berkembang sebagai pusat penyebaran ilmu pengetahuan dengan Istana Melaka sendiri berperanan sebagai pusat pengembangan bahasa, perundangan, kebudayaan dan kesusasteraan.

BILA PORTUGIS MENAWAN MELAKA?

Kejatuhan Melaka kepada Portugis pada 10 Ogos 1511 membuatkan Sultan Mahmud Syah dan keluarganya berundur ke Ulu Bertam, Pahang. Pengunduran Sultan ke Ulu Bertam membolehkan pihak Portugis melenyapkan saki-baki tentangan dari tentera diraja yang terdiri daripada orang-orang Melayu, Gujerat dan India.

Tentera Portugis menawan setiap penjuru kota serta membunuh sesiapa sahaja yang disyaki menentang mereka. Orang-orang dari Pegu, Burma dan orang-orang Hindu dari Tanjung Kormorin dibenarkan meninggalkan Melaka tetapi terpaksa menyerahkan segala harta benda mereka kepada Portugis.

Portugis menyerang Melaka

Pada 24 Ogos tahun 1511, Alfonso, D’Alburqueque telah mengarahkan tenteranya merampas semua harta benda dan barang-barang bernilai milik Sultan dan rakyat Melaka. Antaranya adalah pasu, jongkong emas, barang kemas, batu permata, kain sutera, wangian dan dua ribu meriam tembaga. Kubu dan istana Kesultanan Melayu Melaka akhirnya musnah dan kesemua barangan bernilai habis dirampas.

Keagungan dan keunggulan Kerajaan Melayu Melaka hilang akibat serangan Portugis.

Portugis telah membina sebuah kubu yang terletak di antara kawasan tanah tinggi dan Sungai Melaka bagi mempertahankan dan memperkuatkan lagi pengkalan mereka. Kubu tersebut dikenali sebagai A Farmosa. Beratus pekerja terdiri daripada hamba dan tawanan perang telah dikerah untuk membina kubu tersebut.

Batu-batu mereka ambil dari masjid-masjid dan makam-makam diraja yang telah musnah akibat serangan mereka untuk membina tembok tebal kubu ini. Di dalam kubu tersebut dibangunkan pula Istana Gabenor dan istana Paderi Besar, kamar Dewan Kerajaan, beberapa gereja, berek-berek, dua buah hospital, biara dan sebuah penjara. (Sumber: uriq)

Itulah serba sedikit ceritanya.

FAKTA MELAKA GUNA SENJATA API

Sila lihat video di bawah. Dalam video tersebut ditayangkan pembentangan oleh Prof.Madya Dr. Muhammad Pauzi Abd Latif iaitu Pengarah Muzium, Institut Antarabangsa Tamadun Islam dan Dunia Melayu (ISTAC).

Sumber: The Patriot Asia dan Uriq

Tidak Semua Penyakit Itu Berpunca Daripada Tabiat Pemakanan Tetapi Berkait Rapat Dengan MENTAL, FIZIKAL Dan PEMIKIRAN.

Gadis 15 Tahun Berkahwin Dengan Lelaki 44 Tahun

Remaja 15 Tahun Fail Sendiri Permohonan Kahwin Di Mahkamah Syarie Dan Telah Berkahwin. Ada Pihak Yang Panas.