in ,

Tetamu Majlis Kahwin Paling Bodoh, Tinggalkan Lampin Berisi Najis Dalam Pinggan

“Tetamu majlis kahwin paling bodoh dalam Malaysia,” demikian tweet Faqihuddin mengenai kebiadaban tetamu majlis yang meninggalkan lampin pakai buang berisi najis di atas pinggan.

Menurut Faqihuddin, dia langsung tidak menyangka ada tetamu yang berkelakuan seteruk itu. Majlis Perkahwinan tersebut diadakan di dalam sebuah dewan tertutup di Nilai, Negeri Sembilan.

Difahamkan, Faqihuddin yang bekerja sebagai pembantu katering pada hari kejadian telah menemui lampin pakai buang itu ketika dia sedang mengemas meja tetamu.

Sebaik sahaja ternampak lampin itu, dia terus membuangnya kerana tidak mahu tetamu yang lain berasa kurang senang.

“Terkejut juga kerana tidak sangka ada tetamu yang sanggup membuangnya di pinggan, sedangkan banyak tong sampah disediakan di dewan.

“Malah kedudukan meja itu juga tidak jauh daripada tandas tetapi tetamu itu tanpa rasa malu membuangnya di situ. Nampak sangat tetamu itu pengotor dan pemalas,” katanya.

Sementara itu, netizen juga berkongsi pengalaman yang sama, pernah terjumpa lampin pakai buang di tempat-tempat yang tidak sepatutnya walaupun di dalam restoran.

Inilah sikap sebahagian masyarakat kita. Jika jenis pengotor mereka tidak kira berada di mana. Kita telah dijemput dan diberi makan, tapi ada yang sanggup tinggalkan benda najis. Pendek kata beri makan balas najis. Jik kita menjadi tetamu majlis kahwin, janganlah buat macam ni. Mohon terasa.

Sumber: Babab

Written by Admin Suka Viral

Saya lelaki biasa yang ada perlindungan takaful dan insurans. Suka travel seperti orang lain. Pernah naik flight untuk travel seperti Air Asia, Malindo, Malaysia Airlines, Fire Fly, Scoot, Singapore Airlines, Qantas, Thai Airways, British dan sebagainya. Makan juga nasi, KFC, Mc Donalds, Burger Kings. Minat forex tapi tak pandai. Sikit duit dalam simpanan akaun di Maybank, CIMB Bank, Hong Leong Bank dan AmBank. Membeli belah dengan kemudahan AEON Cards.

6 Ciri Manusia Yang Disukai Jin

Anak AR Badul M4ut

Anak AR Badul M4ut Terkena Temb4kan Semasa Demonstrasi