in

Tiada Keperluan Larang Produk Bukan Islam Guna Tulisan Jawi – Mujahid

Isu tulisan jawi

“Saya berpendapat tiada keperluan satu akta baharu digubal kerajaan kerana undang-undang sedia ada sudah mencukupi bagi menangani sebarang penyalahgunaan logo halal Jakim pada masa hadapan”, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama), Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa.

Menurut Sinar Harian, Mujahid sebagai berkata tiada keperluan untuk kerajaan menggubal akta baharu melarang penggunaan tulisan jawi pada produk bukan Islam bagi mengelakkan kekeliruan pengguna beragama Islam negara ini.

Pihaknya maklum tentang gesaan yang telah dikemukakan oleh Dewan Pembangunan Perniagaan Usahawan Malaysia (MCED) itu setelah ianya diangkat sebagai resolusi dicapai menerusi persidangan diadakan di Kuala Lumpur kelmarin.

tulisan jawi
Mujahid menunjukkan aplikasi sosial Verify Halal dikeluarkan JAKIM. Foto – Sinar Harian

“Namun yang saya faham daripada apa dimaksudkan pertubuhan itu adalah tulisan jawi lebih merujuk logo halal dikeluarkan Jakim (Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia) dengan bertujuan bagi mengelakkan pengguna beragama Islam tertipu dengan status halal sesuatu produk.

“Sebenarnya tindakan mana-mana syarikat menyalahgunakan atau menipu label halal dikeluarkan Jakim adalah salah di bawah bidang kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) melalui Perintah Perihal Dagangan (Penggunaan Perbahasaan ‘Halal’) 1975.

Mujahid berkata kepada media pada majlis pelancaran Program Rahmah Peringkat Negeri Perak di Masjid Ubudiah, di Parit Buntar hari ini.

Mujahid berkata lagi bahawa mana-mana syarikat bukan Islam memang tidak boleh meletakkan logo halal JAKIM sesuka hati kerana status persijilan halal oleh jabatan itu hanya akan dilabel setelah mereka berdaftar, menjalani audit dan menerima pengesahan.

Oleh itu pengguna yang beragama Islam juga tidak perlu khuatir dengan status halal sesuatu produk dikeluarkan syarikat bukan Islam kerana Jakim turut menyediakan satu aplikasi sosial dikenali sebagai Verify Halal bagi memudahkan orang ramai memeriksa status halal sesuatu produk menerusi dalam talian.

Beliau juga menyeru kepada pengguna beragama Islam menghubungi talian pertanyaan Jakim bagi mendapatkan pengesahan status halal sesuatu produk sekiranya berdepan kekeliruan tentang status halalnya.

Sinar Harian juga melaporkan MCED menggesa Kerajaan agar membawa akta khas ke Parlimen bagi melarang penggunaan tulisan Jawi pada pembungkusan produk bukan Islam.

Presidennya, Datuk Nazilah Idris berkata, tulisan jawi disalah guna akan mengelirukan pengguna kepada status halal sesuatu produk.

Min rasa isu ini timbul setelah penentangan untuk memasukkan subjek jawi di sekolah Vernakular yang heboh diperkatakan sebelum ini. Bertahun-tahun terdahulu, isu ini tidak timbul sehinggalah berlaku dalam situasi politik Malaysia ketika ini.

Baca Juga – Jangan Halalkan Jika Ada Orang Berhutang Dengan Anda

Nak bagitau kat hampa – “JAWI BUKAN AYAT QURAN”. Jawi adalah tulisan orang-orang Melayu dahulu kala dan masih digunakan sehingga kini sama dengan tulisan-tulisan lain. Bahasa Jawi ni, orang Arab bacapun mereka tidak akan faham maknanya.

Written by Admin Suka Viral

Saya lelaki biasa yang ada perlindungan takaful dan insurans. Suka travel seperti orang lain. Pernah naik flight untuk travel seperti Air Asia, Malindo, Malaysia Airlines, Fire Fly, Scoot, Singapore Airlines, Qantas, Thai Airways, British dan sebagainya. Makan juga nasi, KFC, Mc Donalds, Burger Kings. Minat forex tapi tak pandai. Sikit duit dalam simpanan akaun di Maybank, CIMB Bank, Hong Leong Bank dan AmBank. Membeli belah dengan kemudahan AEON Cards.

Teknik bersihkan tumpahan minyak

Teknik Mudah Membersihkan Tumpahan Minyak, Kicap & Sos

Boba Milk Tea Pudding

Resepi Mudah Boba Milk Tea Pudding