in , ,

Tidak Mustahil PKP Akan Dilaksanakan Semula – Datuk Ismail Sabri

PKP

Sejak Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) diperkenalkan, kita sendiri mendapati orang ramai seolah-olah tidak menghiraukan untuk mematuhinya dan seolah-olah tidak bimbang dengan bahayanya virus ini.

Orang ramai dilihat seperti mula merasa bebas dan mereka fikir keadaan kembali seperti biasa dan seolah-olah tidak peduli bahawa wabak C0VID-19 masih berlaku dan anggap hinggap kepada sesiapa sahaja. Memang tidak dinafikan lagi sejak PKPB dilancarkan dan kawalan pergerakkan dilonggarkan sedikit rakyat mula membanjiri jalan raya.

Tidak Mustahil PKP Dilaksanakan Semula

Sekiranya anda perasan setiap waktu samada pagi atau petang jalanraya dipenuhi dengan kenderaan. Situasi ini mungkin kerana mereka pergi berkerja tetapi jika anda lihat di restoren-restoren, pasaraya atau pusat membeli belah. kita dapati cara orang ramai atau pengunjung seperti tiada PKPB atau tiada apa-apa yang berlaku.

Rakyat dilihat telah mula leka dengan apa yang sedang berlaku yang mana kita masih lagi belum menang. Hal ini telah diberitahu oleh Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Ismail Sabri Yaakob baru baru ini.

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang mengenakan sekatan ketat untuk rakyat bergerak dengan banyak sektor perniagaan tidak dibenarkan operasi mungkin akan dilaksana semula.

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata perkara itu mungkin tidak mustahil jika tahap pematuhan rakyat negara ini masih rendah terhadap peraturan dan prosedur operasi standard (SOP) ketika Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Katanya, rakyat kini seolah-olah menganggap tempoh PKPB seperti sudah tiada undang-undang yang akan dikenakan yang mana ada sebahagian daripada mereka bebas bergerak ke sana sini, hinggakan ada yang bebas membawa anak kecil membeli belah di pasar raya.

“Saya ingin memberikan peringatan bahawa PKPB bukan boleh kekal sebagai PKPB, malah dia boleh diperketatkan semula. Ia bergantung kepada kepatuhan rakyat yang diberi sedikit kelonggaran.

“Kalau banyak ketidakpatuhan, tidak mustahil PKP diperkenalkan semua. Ia bergantung kepada pematuhan rakyat. Jika tidak, kita mungkin akan kembali kepada PKP yang membataskan pergerakan kita. Kita harap kita dapat tamatkan PKPB dan bebas,” katanya pada sidang media di Putrajaya hari ini.

Baca – Jika PKP Tidak Dilanjutkan Jangan Berhimpun 6 Bulan Hingga Setahun

Min sendiri merasa takut bila tengok dalam berita-berita bagaimana orang ramai berpusu-pusu keluar seolah-olah tidak ada apa-apa yang berlaku. Sanggup makan apa yang ada selagi boleh kerana bimbangkan masalah ini.

Sumber: Berita Harian

Written by Admin

Saya orang biasa yang ada perlindungan takaful dan insurans. Suka travel seperti orang lain. Pernah naik flight untuk travel seperti Air Asia, Malindo, Malaysia Airlines dan Fire Fly. Nak cuba juga naik Scoot, Singapore Airlines, Qantas, Thai Airways, British dan sebagainya namun belum ada rezeki. Selain nasi sebagai makanan utama suka juga makan KFC, Mc Donalds dan sesekali Burger Kings. Minat bermain forex tapi tak pandai. Mempunyai akaun simpanan seperti Maybank, CIMB Bank, Hong Leong Bank dan AmBank tetapi duit belum tentu ada. Membeli belah dengan kemudahan kad debit. Tak pernah cuba kad kredit atau lain-lain kad.

ara beringin

Ara Beringin Untuk Merawat Anak Kerap Sakit Atau Demam Malam

cara simpan kelapa parut

Cara Simpan Kelapa Parut Agar Tahan Lebih Lama Sehingga 3 Bulan