in

Tiket Bas Online Dan Cara Membelinya. Kini Anda Tidak Perlu Berebut Untuk Membeli Tiket Bas Lagi

Kebiasaanya bila tiba musim perayaan atau cuti sekolah, kita semua akan berpusu-pusu pergi ke kaunter-kaunter bas ekspress untuk membeli tiket. Jika datang awal kita mungkin bernasib baik kerana tidak perlu melawat banyak kaunter. Jika lewat kita terpaksa melawat banyak kaunter bas dan ianya memenatkan kita dan membuang masa kita.

Kaunter Bas Ekspres
Kaunter Bas biasanya akan diserbu di saat-saat akhir di musim-musim cuti. 

Sering kita mendengar,

Kak, Tiket ke (sebut destinasi) ada lagi?

Kita akan kecewa jika jawapannya sudah habis. Tabiat rakyat negara ini adalah menunggu di saat akhir.

Kini kita tidak perlu risau lagi kerana kebanyakkan tiket bas telah dijual melalui dalam talian. Kita boleh membelinya hanya dengan menggunakan komputer atau telefon bimbit. Kini anda boleh CHUP tempat duduk anda dengan redBus.my

redbus.my telah lama beroperasi di Malaysia bagi memudahkan pengguna untuk membeli tiket tanpa perlu bersusah payah untuk ke kaunter. Mungkin tidak semua rakyat Malaysia mengetahuinya.

PENGENALAN

RedBus merupakan perkhidmatan tempahan tiket bas dalam talian terbesar dunia. Ianya dipercayai mempunyai pelanggan sekitar 8 juta orang di seluruh dunia. RedBus menawarkan tempahan tiket bas melalui laman webnya, aplikasi iOS dan Android mudah alih.

Aplikasi android redbus
Anda juga boleh memuat naik aplikasi redbus melalui google.play

Di Malaysia Redbus menawarkan perkhidmatan tersebut untuk semua laluan utama di Malaysia dan Singapura malah termasuk perjalanan ke Thailand. Lebih dari 100 buah syarikat bas ekspress bernaung di bawah Redbus Ticketing bagi memudahkan para pengguna untuk menggunakan khidmat mereka tanpa perlu menghabiskan masa pergi ke kaunter semata-mata untuk membeli tiket bas. Anda juga tidak lagi bimbang ditipu oleh ulat-ulat tiket.

Balik kampung bercuti
Rancang perjalanan anda sebaiknya. Gunakan kemudahan yang ada.

BACA JUGA: Beli Tiket Dengan Bas Kesukaan Anda Di Sini

BAGAIMANA CARA MENGGUNAKAN PERKHIDMATAN INI

1. Layari https://www.redbus.my. Seeloknya anda Sign Up terlebih dahulu.

Photo 1: redBus.my

2. Isikan lokasi di mana anda akan menaiki bas tersebut (FROM), lokasi destinasi anda (To), Tarikh perjalanan (Onward Date) dan Tarikh kembali jika anda mahu (Return Date). Kemudian Klik Search Bus.

Photo 2: redBus.my

3. Pilih bas dan waktu perjalanan yang anda suka. Klik View Seats untuk melihat tempat duduk dan anda boleh memilihnya.

Photo 3: redBus.my

4. Di sini Anda boleh memilih tempat duduk mana yang anda suka. Anda hanya perlu klik pada tempat duduk tersebut. Contoh di sini adalah tempat duduk No.20. Sila letakkan mouse di kerusi yang berwarna putih. Tempat duduk gelap bermaksud ianya sudah ditempah oleh pelanggan lain.

Photo 4: redBus.my

5. Setelah memilih tempat duduk dan klik pada tempat duduk tersebut, ia akan bertukar warna hitam menandakan tempahan anda. Anda hendaklah menekan butang PROCEED. Selepas itu Popup akan keluar meminta anda memilih samada mahu menempah tiket untuk dua hala (return) ke destinasi yang dinaiki? Jika tidak sila klik Not Now. Jika mahu sila pilih tarikh yang dikehendaki.

Photo 5: redBus.my

6. Setelah itu akan keluar popup Passenger Detail. Anda dikehendaki mengisi tempat kosong seperti dalam paparan di bawah. Setelah selesai klik PROCEED TO PAY untuk membuat pembayaran.

Photo 6: redBus.my

7. Di sini anda boleh memilih cara pembayaran samada menggunakan Kad Krebit, Kad Debit atau Perbankan Internet. Setelah itu klik PAY dan sila ikuti langkah-langkah pembayaran yang anda pilih mengikut bank yang anda gunakan.

Photo 7: redBus.my

Setelah selesai membuat pembayaran anda bolehlah save atau mencetak terus tiket anda.

Contoh Tiket Online

Semoga posting ini memberi manfaat kepada sesiapa yang membacanya.

Sumber: redBus.my

Tiket Bas Online

Manusia dan Umurnya