in ,

Ibu Tunggal Bersama 3 Anak Terpaksa Tinggal Dalam Reban Ayam. Allahu…

janda tinggal dalam reban ayam bersama 3 anak

Sedih apabila melihat seorang ibu tunggal bersama dengan tiga anaknya terpaksa tinggal di reban ayam sejak beberapa bulan lalu di Kampung Panggong Tiga Daerah, Bukit Abal, Pasir Puteh, Kelantan kerana kesempitan hidup.

Kehidupan Rabiatul Adawiyah Ayub, 32, berubah selepas bercerai dengan suaminya tahun lalu kerana kini bekas suaminya itu tidak mampu menampung keperluan anak-anaknya selepas mengalami kecederaan yang parah setelah terlibat dalam satu kemalangan.

rabiatul adawiyah
Adawiyah tidak mahu menyusahkan orang tuanya dan sanggup tinggal di reban ayam di sebelah rumah ibunya

Adawiyah memberitahu pada awalnya bekas suami menyewakan sebuah rumah dan menyediakan keperluan harian anak-anak. Namun selepas beliau terlibat dalam satu kemalangan, dia tidak dapat bekerja dan tidak lagi berkemampuan untuk menampung keperluan anak-anaknya lagi.

Adawiyah terpaksa membuat keputusan untuk pulang ke kampung ibunya tetapi terpaksa tinggal di dalam reban ayam kerana tidak mahu menyusahkan orang tuanya.

Kebetulan reban ayam yang terletak di sebelah rumah kecil ibunya sudah lama tidak digunakan. Dia membersihkan reban itu dan dijadikan sebagai tempat tinggal bersama anak-anaknya.

reban ayam
Inilah tempat ringgal Adawiyah bersama 3 anaknya yang masih kecil

Kehidupan merka didapati tidak terurus terutamanya dalam soal makan minum dan pakaian. Dipercayai mereka hanya makan nasi sekali sehari untuk mengalas perut.

Adawiyah melakukan kerja menjaja kain secara kecil-kecilan dari rumah ke rumah di sekitar kawasan Bukit Abal bagi menyara anak-anaknya.

“Memandangkan anak-anak masih kecil, sukar untuk saya bekerja. Buat masa ini saya jual kain yang dibekalkan oleh kakak. Selepas hantar anak sulung ke sekolah, saya akan mula menjaja kain atau kutip duit jualan kain.

Adawiyah
Adawiyah bersama anak-anaknya

“Setiap hari pada waktu pagi atau tengah hari, saya akan beli nasi bungkus untuk makan bersama anak-anak. Waktu petang dan malam kami ikat perut atau makan makanan ringan,” kata Adawiyah.

Seorang lagi anaknya diserahkan kepada kakaknya untuk dijaga, sebaik ia dilahirkan awal tahun lalu. Adawiyah terpaksa berbuat demikian walaupun hatinya terasa berat kerana dia tidak mampu. Dia redakan juga kerana anak itu dijaga oleh kakaknya sendiri.

Kisah keperitan hidup Rabiatul Adawiyah dan anak-anak sebelum ini viral di media sosial. Sejak itu, ramai individu dan pihak yang datang menghulurkan sumbangan berbentuk wang tunai, barangan keperluan dan makanan, malah ada juga yang menghantar bahan untuk membina rumah.

bantu adawiyah
Memasak di luar tempat tinggalknya

Adawiyah memberitahu ada orang parti politik datang menjenguk, tetapi beliau tidak mengenalinya. Selain itu ada juga daripada NGO. Mereka memberi sedikit sumbangan bekalan makanan dan duit.

Beliau juga memberitahu rumahnya akan dibina bagi menggantikan reban ayam ini selepas ada yang mula menghantar barang-barang untuk membina rumah.

Adawiyah mengucapkan terima kasih kerana keprihatinan masyarakat yang sudi membantu keluarganya itu.

Sesiapa yang ingin membantu, boleh menghubungi keluarga ini di talian 017-9689519.

Apa Pendapat Anda? Jangan Lupa Komen dan Share Ya selepas baca. Mana tahu ramai yang akan membantu keluarga ini.

Jangan Lupa Juga Untuk Like Page Kami @sukaviral

Sumber: Malaysia Kini via Terlajak Virals

Suspek Simbah Cat Pada Masjid Ditahan

Suspek Simbah Cat Pada Masjid Berusia 600 Tahun Di Melaka Ditahan

Askar Tertipu

RM60K Lesap Ditipu Bakal Isteri Dari Facebook Untuk Majlis Kahwin Yang Tidak Wujud