in

TIP Memasak Yang Menjimatkan Masa. Surirumah Boleh Cuba!

Surirumah mana yang sanggup duduk di dapur berjam-jam. Mereka pun tidak mahu berada lama di dapur seorang diri. Tetapi disebabkan tanggungjawab, mereka wajib berada di dapur walau mengambil masa mereka yang agak lama iaitu 1 atau 2 jam.

Hebatnya kaum ibu walau sibuk macamana sekalipun mereka tetap akan menyediakan makanan untuk keluarga mereka. Yang ajaibnya tepat pada masa, siap untuk dihidangkan. Tak dinafikan ada ibu-ibu yang mengeluh dan ada yang marah-marah sebab keletihan. Tambahan pula ada ramai orang tapi tak mahu menolong. Lebih malang jika ada anak dara tetapi hanya sibuk dengah gajet.

Surirumah terpaksa memasak walau sesibuk mana sekalipun.

Tidak dinafikan disebabkan faktor kesibukan dan tiada tolong menolong, kadang-kadang menyebabkan mood untuk memasak hilang. Ini yang menyebabkan hasil masakan yang dihidangkan tidak menampakkan kualiti. Contohnya tak sedap, makanan tak menarik, kari jadi macam sambal dan macam-macam lagi. Walau bagaimanapun memasak dengan penuh keikhlasan dan kasih sayang akan mrnghasilkan masakan yang berkualiti dan sedap. Ditambah dengan sedikit zikir, bukan menyanyi.

Bagi memudahkan tugas memasak di dapur berjalan dengan lancar tanpa gangguan atau halangan serta tidak mengambil masa yang lama hanya sekitar 30 minit hingga 1 jam, ibu-ibu bolehlah mencuba TIP di bawah supaya kerja-kerja di dapur lebih cepat dan sentiasa berkualiti. Anda boleh mencuba tip masak memasak ekspress di bawah.

1. RANCANG MENU UNTUK SEMINGGU.

Contoh Menu Harian

Pastikan makanan adalah seimbang dan cukup untuk menampung nutrisi dalam badan untuk aktiviti harian.

2. MENYEDIAKAN BAHAN MENTAH.

Bahan mentah hendaklah disediakan secukupnya. Pilih masa yang sesuai untuk membeli bahan-bahan yang diperlukan untuk menu yang dirancang.

Gambar Hiasan

3. PROSES BAHAN MENTAH DAN BAHAGIKAN.

Proses kesemua bahan mentah yang telah dibeli. Potong dan bersihkan bahan-bahan yang telah dibeli bersesuaian dengan menu anda untuk seminggu. Simpan di dalam ‘chiller’ atau ‘freezer’. Pastikan ditutup rapi bagi menentukan bahan mentah sentiasa dalam keadaan segar.

Gambar Hiasan

Seeloknya semua bahan diasingkan mengikut menu dirancang dan mengikut hari. Bagi ibu yang bekerja, sila keluarkan bahan yg telah beku ke bahagian bawah peti ais sebelum pergi kerja. Balik kerja semua bahan mentah dah ‘defrost’, boleh terus masak tanpa menunggu lagi.

4. BUAT STOK BAWANG KISAR.

Kisar bahan- bahan yang boleh dikisar untuk stok seminggu. Contohnya, kisar 15 biji bawang besar dan kisar 8 labu bawang putih dan simpan didalam bekas kedap udara. Simpan didalam peti ais.

Gambar Hiasan

5. PROSES SAYUR.

Jangan pula dilupakan menu yang sihat ini. Selepas membeli sayur, potong sayur terus kecil- kecil dan simpan dalam plastik untuk seminggu. Sayur seperti sawi, bayam, lobak, bunga kubis boleh terus di potong, tetapi jangan basuh. Simpan dalam plastik yang ada lubang atau buatkan lubang. Bagi sayur yang berair seperti tomato hendaklah dibalut dengan aluminium foil dan simpan terus ke dalam peti ais. Ianya elok juga disimpan asing mengikut hari yang ingin dimasak. Simpan sayur dalam peti ais.

6. IKUT PERANCANGAN YANG TELAH DIBUAT.

Yang penting anda mengikut rancangan yang telah dibuat. Ambil kira pendapat dan keinginan suami serta anak- anak juga. Jangan ikut selera tekak sendiri pula. Hasilkan satu perancangan menu untuk seminggu bersama keluarga tersayang.

Gambar Hiasan

Jika rutin harian banyak masa dihabiskan ketika memasak bagi kaum ibu bekerjaya, apa kata mulai hari ini kita ambil masa 30 minit sehingga 1 jam sahaja untuk masak. Selebih masa boleh ditumpukan pada ibadah, zikir, mendidik anak dan mengaji Al Quran.

Sumber: mingguanwanita

Peniaga Ditahan Apabila Pencuri Ditemui Mati Selepas Bergelut Dengannya

Menghidu Ketiak Suami Boleh Menghilangkan Tekanan. Sejauh Mana Kebenarannya?