in

TIP Membeli Power Bank Yang Patut Anda Tahu

Dewasa ini semua tahu bahawa penggunaan power bank memang tak boleh nak disangkal lagi dan sudah menjadi kewajipan kepada semua orang. Boleh dikatakan setiap orang mesti mempunyai sekurang-kurangnya satu power bank. Saya sendiri mempunyai power bank.

Penggunaan power bank sangat memudahkan kita kerana ia membekal tenaga kepada gajet yang kita guna walau di mana kita berada. Ianya menjadi lebih penting jika kita berada di luar dan tiada akses untuk mengecas gajet kita. Jadi power bank adalah solusinya.

Power Bank adalah keperluan pada masa kini
Power boleh dibawa ke mana-mana.

Dari segi harga ada yang mahal dan ada yang murah. Harganya berbeza mengikut kualiti dan jenama. Oleh itu anda harus berhati-hati jangan sampai tersalah pilih ketika membelinya.

Oleh itu sangat penting untuk anda mengetahui sedikit sebanyak tip untuk membeli power bank. Ia bukan hanya melibatkan soal harga dan jenama, apa yang lebih penting adalah mutu dan kualitinya. Ini yang sangat penting sebenarnya.

Sila baca perkongsian menarik ini terutama mereka yang menggunakan power bank atau yang berniat untuk membelinya.

TIP MEMBELI POWER BANK

Tip Memilih Power Bank Yang Terbaik
Power sudah menjadi keperluan dewasa ini

Apakah yang perlu dititik beratkan sebelum membeli power bank? Inilah antara yang anda harus pertimbangkan.

1. Jenama.
Kebanyakan pengguna akan mencari yang berjenama. Pilihlah jenama yang mempunyai pensijilan UL untuk lebih kepastian dan keselamatan. Kalau korang nak tau apa itu pensijilan UL, sila rujuk di www.ul.com. Difahamkan mulai 2018, semua power bank mungkin akan diwajibkan mempunyai Persijilan SIRIM dan KPDNKK. Ini disebabkan terlalu banyak kejadian power bank meletup. Sebelum ini power bank tidak diwajibkan Persijilan SIRIM dan KPDNKK kerana tidak termasuk dalam peraturan ”Electricity Regulations 1994“.

2. Kualiti.
kualiti adalah penentu kepada prestasi power bank itu sendiri. Rata-rata pengguna memerlukan
power bank yang mempunyai kepantasan dan kecepatan memenuhkan bekalan tenaga. Jika kualiti power bank itu adalah sederhana, ia boleh merosakkan kapasiti bateri pada telefon mudah alih anda. Power bank juga berisiko untuk meletup. Oleh itu pilihlah yang berkualiti.

3. Jaminan.
Pilihlah power bank yang mempunyai jaminan antara 6 bulan ke setahun yang mana ia juga perlu memenuhi terma dan syarat. Jika jaminan sebulan, bermakna penjual atau pengeluar sendiri tidak yakin dengan produk mereka. Semasa membeli pastikan anda mendapat penerangan yang jelas apa yang perlu anda lakukan jika ia rosak semasa dalam tempoh jaminan.

Tip Memilih Power Bank Yang Bagus
Belilah power bank yang mempunyai jaminan melabihi 6 bulan. © Sifupowerbank

4. Keperluan atau kemahuan.
Beli jika ia benar-benar keperluan. Jangan membazir jika hanya sekadar kemahuan anda. Contoh, anda sudah mempunyai power bank yang diberi oleh kawan anda atau siapa sahaja, tetapi bentuknya tidak menarik. Tiba-tiba anda mahu membeli kerana tertarik dengan bentuk power bank tersebut.

5. Tulin atau tidak.
Sila teliti maklumat bateri yang tertera pada power bank yang biasanya terdapat pada kotak. Pastikan power bank itu betul-betul original dan bukannya jenis recycles.

6. Ciri Keselamatan.
Pilih power bank yang mempunyai ciri keselamatan khas yang boleh melindungi telefon anda dan diri anda. Dikhuatiri semasa sedang digunakan, berlaku letupan. Pastikan yang mempunyai ciri-ciri seperti perlindungan jika berlaku litar pintas, pengecasan overload dan suhu.

7. Output.
Selain itu, Perhatikan pada USB output pada power bank yang anda akan beli. Terdapat model yang mempunyai 2 USB port yang membolehkan anda mengecas 2 phone serentak dalam satu-satu masa. Kebiasaannya ia akan menawarkan output 5V 1.0A dan 5V 2.1A.

Tip membeli Power Bank
Power Bank yang mempunyai 2 Output. © Sifupowerbank

8. Harga.
Jangan terlalu berkira untuk membeli barangan seperti ini. Jika berharga murah sudah tentu kualitinya adalah rendah. Jika jenama sama dengan yang berharga mahal, kemungkinan ianya adalah tiruan. Sila berhati-hati.

9. Ciri Khas.

Pilih power bank yang mempunyai ciri khas atau nilai tambah seperti ada fungsi torch light , LCD display, high quality USB cable dan sebagainya. Tetapi, pilih lah dengan berhati-hati supaya aksesori tersebut tidak menggangu fungsi sebenar power bank anda.

Tip Memilih Power Bank
Pilih power bank yang mempunyai nilai tambah. © Goodprice

TIP SEMASA MENGGUNA

  • Semasa anda mengecas power bank, dalam masa yang sama anda mengecas smartphone anda dari power bank yang anda sedang cas tadi. Proses ini memberikan bebanan yang tinggi kepada bateri power bank tersebut dan membuatkan ia tidak stabil dan berpotensi untuk berlaku letupan.
  • Kebanyakkan power bank tidak mempunyai sistem yang mampu beroperasi dalam 2 keadaan seperti yang dinyatakan di atas. Jadi SILA BERHATI-HATI.
Tip Memilih Power Bank Yang Paling Bagus
Akibat letupan power bank

Semoga artikel ini bermanfaat.Selepas ini diharapkan anda tidak tersalah membeli power bank.

Sumber: babab dan Sifupowerbank

Memaksa Kanak-Kanak Memakai Tudung Perlu Dikira Sebagai Jenayah – Maryam Lee

Wanita Ini Kongsi Penipuan Scammer Menyamar Polis Minta Jelaskan Duit GST Tertunggak RM16k Atau Bank In Wang Jaminan RM5k