in ,

Tips Memilih Tayar Yang Berkualiti Dan Selamat

Tips Memilih Tayar Yang Selamat

Kita mampu membeli kereta tetapi harus diingat mungkin kita tidak mampu untuk membeli tayar. Seringkali bila tayar botak, kita akan ke kedai tayar. Di kedai tayar kita akan berkira-kira untuk membeli tayar yang sesuai dengan kereta kita dan juga bersesuaian dengan kemampuan kita.

Kadang-kadang kita terfikir untuk ke kedai tayar terpakai yang banyak terdapat di tempat kita. Hanya kira-kira RM30 ke RM80 kita mampu untuk menukar tayar kereta.

Tayar terpakai.

Bila dah tukar tayar kita dah lupa kemampuan tayar terebut. Maka kita pun pandu kereta kita dengan penuh yakin untuk pergi ke destinasi yang diinginkan. Kadangkala kita memecut kenderaan kita tanpa mengetahui kemampuan tayar tersebut.

Pastikan anda kelajuan kereta anda mengikut kemampuan tayar.

Di bawah ini di senaraikan info berkenaan dengar tayar kenderaan. Diharapkan anda terus membaca kerana keselamatan anda juga ada pada tayar sekiranya anda adalah seorang pemandu atau pengguna kenderaan lain.

KOD TAYAR KENDERAAN

Setiap tayar mempunyai kod tertentu seperti gambar di bawah:

Senarai Indeks Kelajuan Maksimum sesebuah kenderaan.

Bagi Indeks Bebanan Maksimum, sila rujuk jadual di bawah.

Banyak kemalangan berlaku adalah berpunca daripada masalah tayar kenderaan itu sendiri. Kebanyakannya disebabkan pemilik kenderaan sendiri tidak peka dengan keadaan tayar serta tidak mengambil berat tentang KEMAMPUAN tayar keretanya. Mereka juga tidak mengambil tahu makna kod-kod yang disediakan.

Setiap tayar mempunyai Indeks yang menunjukkan Tarikh Pengeluaran tayar. Lihat gambar di bawah. Sebagai contoh tertera nombor 1612.  Ianya menunjukkan tayar tersebut dikeluarkan pada Minggu ke 16 Tahun 2012.

Tempoh penggunaan tayar adalah selama LIMA tahun dari tarikh tayar dikeluarkan.

Tayar  yang berusia lebih daripada LIMA tahun masih boleh digunakan tetapi tayar telah menjadi keras sebab getah tayar sudah tamat tempoh penggunaannya (Expired).

Jika anda menukar tayar yg baru, sebolehnya anda pastikan tahun pengeluarannya adalah tahun yg terkini.

JENAMA TAYAR MENGIKUT JENAMA DAN GRED DI SELURUH DUNIA

Premium Brand Tyres. Tayar terbaik disegi kualiti ketahanan dan baik ketika jalan basah. Harga sangat mahal.

Mid Range Brand Tyres. Tayar baik disegi kualiti dan baik untuk jalan basah. Harganya mahal.

Economy Brand Tyres. Tayar sedehana terbaik dari segi kualiti tayar yang keras dan kurang sesuai untuk jalan basah. Harganya sederhana.

Budget Brand Tyres. Tayar biasa dan tidak berkualiti. Harganya murah. Sebolehnya elakkan menggunakan tayar ini sekiranya anda adalah jenis pemandu yang tidak pandai memandu perlahan dan cermat. Iaitu:

Semoga anda menjadi pembeli dan pengguna yang bijak. Bijak bukan sahaja dari segi perbelanjaan bahkan keselamatan diri, keluarga dan pengguna jalanraya yang lain.

Selamat Memandu dan Memandu Dengan Selamat.

Written by Admin

Saya orang biasa yang ada perlindungan takaful dan insurans. Suka travel seperti orang lain. Pernah naik flight untuk travel seperti Air Asia, Malindo, Malaysia Airlines dan Fire Fly. Nak cuba juga naik Scoot, Singapore Airlines, Qantas, Thai Airways, British dan sebagainya namun belum ada rezeki. Selain nasi sebagai makanan utama suka juga makan KFC, Mc Donalds dan sesekali Burger Kings. Minat bermain forex tapi tak pandai. Mempunyai akaun simpanan seperti Maybank, CIMB Bank, Hong Leong Bank dan AmBank tetapi duit belum tentu ada. Membeli belah dengan kemudahan kad debit. Tak pernah cuba kad kredit atau lain-lain kad.

Lalat Selalu Mengganggu Kita Asalkan Ada Benda Makan. Bagaimana Nak Halau? Ini adalah TIP Untuk Menghalau Lalat

Kereta Tanpa Pemandu. Pernah Tengok Kereta Tanpa Pemandu? Lihat Video Bagaimana Kereta Yang Boleh Dikawal Dengan Menggunakan Telefon Pintar Bergerak Dalam Mode Auto Pilot