in ,

Tip Memudahkan Bangun Subuh Untuk Diamalkan

Ramai beranggapan lagi lama tidur lagi bagus kerana badan dapat berehat secukupnya. Ada yang beranggapan bangun awal pagi menyebabkan kita lesu dan penat seharian. Sebenarnya mereka silap.

Michelle Gaas iaitu Presiden Starbucks bangun seawal jam 4.30 pagi untuk berjoging. Beliau telah set jam locengnya selama 15 tahun semata-mata untuk itu.

Penulis buku “The Happines Project” (Gretchen Ruben) bangun awal pagi untuk bekerja sekurang-kurangnya 1 jam lebih awal dari ahli keluarganya yang lain.

Kalau orang bukan islam boleh bangun awal pagi demi mengejar kebahagiaan dunia, kenapa kita orang islam tidak boleh melaksanakannya. Sedangkan kita mengejar mengejar kebahagiaan dunia dan akhirat.

Islam sangat menggalakkan kita bangun awal bagi kerana faktor ketenteraman dan permulaan rezeki pada waktu itu.

Pada waktu beginilah solat dan bacaan alquran kita lebih khusyuk dan terasa dihati kita. Pada waktu begini juga merupakan masa kita untuk bersendirian dengan Allah dan menceritakan segala permasalahan kita.

BACA JUGA: Solat dan Syarat-syaratnya

Tip memudahklan bangun pagi untuk beribadat kepada Allah
Membaca Alquran

“Sesungguhnya bangun di waktu malam adalah lebih tepat (untuk khusyu’) dan bacaan di waktu itu lebih terkesan.” – [Al-Muzzammil/73: 6]

TIP MEMUDAHKAN ANDA UNTUK BANGUN SUBUH

1. Sebelum kita tidur, niat dalam hatu bahawa tidur kita ini adalah ibadah kerana Allah SWT. Set diminda bahawa kita ingin bangun awal pada esok hari. Nyatakn pukul berapa kita ingin bangun daripada tidur.

Contohnya:

“Esok padi saya nak bangun jam 5.00 pagi”.

2. Biasakan diri kita dengan berwuduk sebelum merebahkan badan dan melelapkan mata. Cuba bayangkan ini adalah wuduk kita yang terakhir. Sempurnakan wuduk dengan tenang dan tertib.

3. Dirikan solat sunat atau solat sunat taubat sebelum tidur. Pohon keampunan daripada Allah SWT serta bersihkan diri kita daripada dosa-dosa dan kekotoran maksiat.

4. Gunakan apa cara sekalipun untuk bangunkan kita daripada tidur samada menggunakan alat bantuan seperti jam loceng, telefon bimbit atau gadjet yang lain. Boleh juga berpesan pada ibu bapa, adik-beradik atau kawan-kawan yang ada.

5. Untuk bangun awal kita hendaklah tidur awal. Tidur yang cukup memudahkan kita untuk bangun dengan segar, ceria dan bertenaga.

6. Bacakan doa sebelum tidur, Surah Al-Ikhlas, Al-Falaq dan Al-Anas. Hembuskan bacaan tadi ditapak tangan dan sapukan ke seluruh badan. Mohon perlindungan dan pemeliharaan daripada Allah SWT.

7. Sebelum anda terlelap semasa berbaring, basahkan bibir anda dengan zikir memuji dan memuja Allah SWT. Sekurang-kurangnya menyebut Alhamdulillah beberapa kali.

8. Teruskan dan ulang tip-tip di atas. Mungkin di peringkat awal adalah sukar untuk anda bangun seawal jam 5.00 pagi. Lama kelamaan jika diamalkan ia akan berputik di hati.

9. Jika berjaya, cabaran seterusnya adalah untuk mengekalkan amalan ini dari hari ke hari, minggu ke minggu, bulan ke bulan dan tahun ke tahun. Apabila Kita biasa dengan amalan sebegini ianya akan menjadi rutin dalam hidup kita.

10. Perbanyakkanlah berdoa dan bermunajat serta merintih kepada Allah SWT agar kita sama-sama istiqomah dan konsisten dengan amalan bangun awal ini. Hasrat dan harapan kita hanya satu iaitu semoga Allah SWT sayang dan redha kepada kita.

BACA JUGA: Dosa Orang Yang Meninggalkan Solat Fardhu

Jangan amalkan melewatkan solat subuh kerana sesungguhnya di awal pagi itulah segala pintu rezeki terbuka luas. Lakukan segera tanpa bertangguh dan berlengah lagi. Pastikan esok pagi, adalah permulaan pagi yang terbaik untuk kita.

Amalkan bangun awal sebelum Subuh, bersiap siap untuk solat Subuh berjemaah, menghiasinya dengan bacaan Al-Quran, berdoa, berzikir dan terus berfikir untuk masa hadapan kita di akhirat kelak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Comments

Istilah Nama Bagi Produk Yang Berasaskan BABI

Babi Hutan Masuk Masjid. Seorang Jemaah Cedera Disondol