in ,

Tip Memulihkan Penglihatan Secara Semulajadi Tanpa Kos Yang Tinggi

Pulihkan Mata Secara Semulajadi

Dunia semakin hari semakin maju. Muncul berbagai teknologi canggih yang dicipta oleh manusia. Dicelah-celah teknologi canggih itu muncul produk-produk yang sangat penting dan berguna kepada manusia. Tanpa produk tersebut adalah sukar untuk manusia bekerja atau melakukan apa saja iaitu Telefon Pintar dan Komputer. Produk ini sangat penting.

Alatan komputer dan telefon pintar
Antara peralatan multimedia terkini yang menyumbang kepada masalah rabun

Di mana sahaja kita bertemu manusia, semuanya sedang melihat skrin telefon pintar. Samada ketika mereka berjalan, memandu, makan atau pun ketika sedang beribadah. Oleh itu, penjagaan mata sangat penting kerana produk-produk ini berisiko untuk merosakkan mata kita dalam jangka waktu yang cepat dari sepatutnya. Masakini, terlalu ramai individu yang mengalami masalah penglihatan iaitu RABUN.

Rabun
Ramai generasi muda mengalami masalah rabun

Bagi individu yang rabun, kaedah perubatan telah menemui banyak formula untuk mengembalikan penglihatan. Ini termasuklah rawatan menggunakan laser yang ternyata berkesan, hanya mengambil masa yang singkat dan tidak menyakitkan. Namun, tidak semua orang mampu menjalani rawatan menggunakan laser kerana kosnya adalah tinggi antara RM3000 hingga RM7000.

Rawatan Pancaran Laser
Ilustrasi

Bagi orang-orang islam, mereka perlu yakin bahawa setiap penyakit ada penawarnya. Nabi Muhammad S.A.W bersabda:

“Allah tidak akan menurunkan penyakit kecuali diturunkan penawarnya” – Hadis Riwayat Muslim

Di sini kami kongsikan tiga cara semulajadi untuk memulihkan serta meningkatkan penglihatan. Bagi mereka yang tidak rabun juga boleh menggunakan cara semulajadi ini bagi mengekalkan kesihatan mata.

MAKANAN BAGI MEJAGA KESIHATAN MATA

Pelihara mata anda melalui tabiat pemakanan. Mata sebenarnya memerlukan beberapa nutrien untuk berfungsi dengan baik. Vitamin A,C, E, mineral dan zink adalah nutrien asas untuk mata.

Makanlah sayur-sayuran yang berdaun hijau, lada benggala kuning, labu, ubi keledek dan lobak merah. Makan juga kuning telur (egg york). Semua itu mengandungi khasiat antioksida yang dapat mengelak keterjejasan yang disebabkan matahari.

Makanan yang membantu mencegah rabun

Tahukah anda bahawa kajian mendapati mengambil sayuran warna kuning dan hijau dapat mengelak sebarang penyakit yang boleh sebabkan mata buta?

Bawang putih, bawang besar dan bawang merah pula mengandungi kandungan sulfur yang akan memelihara pembentukan katarak pada mata. Beri biru dan anggur juga secara tidak langsung mampu memulihkan penglihatan.

Ikan air sejuk seperti salmon, sardin, makerel dan kod pula mampu menyokong sel untuk menyumbang kesihatan pada mata. Dalam ikan-ikan tersebut mengandungi DHA iaitu sejenis asid lemak.

SENAMAN MATA

Senaman mata dapat mengekalkan penglihatan yang optimal. Lakukan senaman mata terutama ketika mata anda letih. Bagi mengelak dari terkena jangkitan kuman pada mata, pastikan jari anda bersih. Lakukan setiap hari selama sebulan, anda pasti akan dapat melihat kesannya.

Caranya:

#1. Gosokkan tapak tangan anda untuk menghasilkan haba panas. Tekap tapak tangan pada kedua belah mata Dalam masa yang sama tutup mata selama 5 saat. Ulangi sebanyak 3 kali.

Senaman mata
Gosok tapak tangan dan tekap pada kedua mata anda

#2. Pusingkan bebola mata anda. Mulakan dengan mata pandang ke atas dan dengan perlahan putarkan ia sebanyak 10 kali mengikut arah jam.

Senaman Mata
Pusing anak mata ikut pusingan jam

#3. Pegang pen atau pensil pada aras bahu atau mata anda (di hadapan anda). Fokuskan pandangan mata pada objek tersebut dan perlahan-lahan dekatkan objek tersebut sehingga terkena hidung anda. Kemudian jarakkannya kembali ke posisi asal. Ulang sebanyak 10 kali.

#4. Urut penjuru dahi. Gunakan tulang sambungan ibu jari anda, tekan lembut penjuru dahi dan urut dalam gerakan membulat sebanyak 20 kali untuk arah jam dan 20 kali lagi untuk arah sebaliknya. Ulang urutan di kawasan atas kening, di bawah mata dan di kedua belah penjuru sisi hidung. Kemudian bersandar, pejam mata, relaks dan rehat selama 3 minit.

SEDIAKAN WAKTU REHAT UNTUK MATA

Pastikan tidur anda mencukupi. Salah satu Fungsi tidur adalah untuk mata berehat sepenuhnya. Ia juga untuk membaiki dan memulih secara semulajadi kondisi mata. Tidur yang tidak cukup akan menyebabkan penglihatan menjadi lemah. Oleh itu, Pastikan anda tidur 8 jam sehari.

Jika anda berkerja dan menggunakan komputer setiap hari, sekurang-kurangnya berikan 1 jam untuk alihkan pandangan mata anda ke tempat lain. Mata anda juga perlukan rehat.

Jika mata anda berasa perit, tidak selesa atau terlalu penat, baring dan letakkan hirisan timun pada kelopak mata. Ia akan memberi sensasi kesejukan buat mata seterusnya melegakan kepenatannya.

Mata juga perlu rehat yang cukup

Selamat mencuba!

Sumber: MM

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Comments

Ingat Lagi Gadis Ini? Dia Bukan Calang-Calang Gadis. Pengorbanannya Yang Sangat Besar Untuk Keluarga

Perompak Mati Ditetak Mangsa