in , , ,

Tips Diet Di Bulan Ramadan – Gadis Ini Berjaya Turunkan Berat Badan 10 Kilogram

Diet Di Bulan Ramadan

Setiap orang mengidamkan mempunyai bentuk badan yang langsing dan menarik. Tidah hairan semakin ramai orang yang mengamalkan diet dan menjaga pemakanan yang sihat.

Ramai juga yang mengambil kesempatan menjual makanan-makanan kesihatan. Tidak kurang juga ada yang tidak kedekut berkongsi tips dan kaedah bagaimana untuk menurunkan berat badan.

Beberapa hari lagi kita akan menyambut bulan Ramadhan. Di bulan puasa ini sudah pasti ramai yang ingin mengambil kesempatan untuk menurunkan berat badan. Kalau boleh pada hari raya nanti dapat menggayakan baju kebaya Saiz S.

badan langsing
Semua orang mahu langsing seperti gadis ini

Ada orang kata mudah untuk menurunkan berat badan di bulan puasa memandangkan kita menahan diri daripada lapar dan dahaga. Namun bolehkah anda berbuat demikian apabila menjelangnya waktu berbuka dan moreh? Bukan senang bukan.

Walau bagaimanapun masih ada cara mudah dan berkesan untuk menurunkan berat badan di bulan puasa ini sepertimana yang dikongsikan oleh seorang gadis bernama Wani di laman facebook. Beliau sendiri berjaya menurunkan berat badan sebanyak 10kg sehinggakan berjaya menyarung kebaya bersaiz XS. Wow! Hebat kalau macam ni.

TIPS MENURUNKAN BERAT BADAN DI BULAN PUASA

Mari kita baca dengan teliti bagaimana gadis ini berjaya melakukannya. Jom jangan buang masa anda.

KETIKA BERSAHUR

karbohidrat
Makanan yang disarankan ketika bersahur

AMBIL KARBOHIDRAT untuk membekalkan tenaga seharian.

Anda boleh MAKAN ROTI WHOLEMEAL. Roti wholemeal ini boleh dimakan bersama telur hancur atau ikutlah cara dan kreativiti masing-masing.

AMBIL SEGENGGAM NASI PUTIH. Paling bagus untuk diet adalah mengambil BROWNRICE.

RENDAM KURMA ke dalam air sebelum anda masuk tidur dan makan semasa anda bersahur.

Artikel Berkaitan: Amalan Pemakanan Sihat dan Cara Diet Rasulullah SAW

KETIKA BERBUKA PUASA

makanan manis
Jauhi minuman dan makanan manis serta ais

Minum segelas air masak dan makan kurma. Bagi Wani dia akan minum secawan mila coklat supaya dia merasa kenyang. Apabila kenyang nafsu untuk makan lagi akan berkurangan.

Makan segenggam nasi dan ambil lebihkan makan sayur (Wani memang letak banyak), ikan atau ayam. Seeloknya masak sendiri lauk-lauk dari membeli di bazar kerana jika kita masak sendiriianya lebih ‘healthy’ dan rendah kalori.

JANGAN MINUM AIR MANIS LANGSUNG kerana ini adalah punca berat badan sukar untuk turun.

JANGAN MINUM AIS LANGSUNG. Kalau anda mahu minum sejuk letak sahaja di dalam peti ais.

JANGAN MAKAN KUIH MUIH MANIS. Benda-benda manis semua wani elakkan kecuali kurma sahaja.

KETIKA MOREH

buah-buahan
Makanan yang anda boleh makan selepas moreh

Kebiasaannya lepas solat teraweh kita akan rasa lapar kembali. Jadi ada yang join moreh. Kalau dah join tu, buatlah macam di bawah.

Boleh MAKAN ROTI WHOLEMEAL dengan peanut butter.

MAKAN BUAH-BUAHAN. Buah kesukaan Wani adalah tembikai dan limau.

MINUM TEH DETOX tanpa gula. Anda boleh minum apa sahaja jenamanya.

Anda juga boleh MERATAH LAUK lebihan berbuka tadi. Elakkan mengambil kuahnya.

Artikel Berkaitan: Doa dan Diet Untuk Menurunkan Berat Badan Cara Islam

BERSENAM 20 – 30 MINIT SETIAP HARI

Jika anda mampu, lakukan senaman setiap hari. Anda juga boleh gantikan senaman dengan mengemas rumah atau aktiviti lain yang boleh mengeluarkan peluh.

menurunkan berat badan
Tidak sia-sia apa yang diamalkan oleh gadis ini

RUMUSANNYA

Jika anda ingin memiliki bentuk badan yang menarik atau nak kurus, sempena bulan puasa ni bolehlah amalkan apa yang dikongsikan ini. Ini kerana peluang ni hanya datang setahun sekali. Kalau bukan bukan puasa, bukan senang untuk kita diet tanpa makan makanan yang sedap-sedap.

Selamat Mencuba

Sumber: facebook

Bahasa Yang Merosakkan Jiwa Anak

10 Bahasa Yang Boleh Merosakkan Jiwa Anak Anda

Kadar Bayaran Zakat Fitrah 2019 Dan Waktu Afdal Untuk Membayarnya