in , , ,

Tips Elak Anda Ditipu Oleh Macau Scam

tips elak ditipu scammer

Seringkali kita mendengar samada melalui berita televisyen atau surat khabar atau viral di media sosial bahawa seseorang telah mengalami kerugian kerana ditipu. Pihak Polis telah mengeluarkan berbagaia amaran dan nasihat serta tips elak ditipu tetapi masih ada yang menjadi mangsa.

Mangsa yang ditipu bukan hanya orang-orang biasa tetapi ada juga yang berpelajaran tinggi dan bekerjaya. Mereka ditipu bukannya sedikit, bahkan mencecah puluhan ribu ringgit. Paling menyedihkan ada mangsa baru saja berpencen. Ingat! Bukan senang kita hendak mendapatkan wang sebanyak itu dalam masa yang singkat dan jangan biarkan kita ditipu dengan mudah.

mangsa macau scam
Antara tajuk berita mengenai penipuan oleh Macau Scam

Kenapa mereka di tipu?

Kita tidak akan ditipu jika kita bijak menangani sesuatu masalah dan tahu serba sedikit hal-hal yang berkaitan dengan undang-undang. Jangan terlalu leka dengan media sosial yang berbentuk hiburan sahaja, cuba buka minda kita dengan membaca dan memberi tumpuan juga kepada topik-topik informasi yang lain.

ditipu macau scammer
Berhati-hati dengan setiap panggilan telefon

Jika Anda Tidak Mahu Ditipu, Dengar Nasihat Ini

Justeru itu, Polis DiRaja Malaysia (PDRM) menasihatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati agar tidak ditipu oleh penipu (scammer) yang sedang berleluasa di negara ini. Cara penipuan mereka hanya dengan melalui panggilan telefon.

Oleh itu, ikuti dan patuhilah nasihat seperti berikut:

PATUHI NASIHAT INI JIKA TIDAK MAHU DITIPU
Jangan jawab sebarang panggilan telefon, tidak kira siapa mereka samada mereka mengakui Polis, Kastam dan sebagainya, jika perbincangan menjurus kepada kad bank anda. Sila putuskan panggilan tersebut. Jika anda terus mendengar, anda akan takut dan mlua terpengaruh.
Jangan terus bercakap atau melayani mereka jika mereka bercakap tentang anda telah memenangi sesuatu. Jika anda terus mendengar akhirnya anda akan berminat dan anda akan tertipu. Sila putuskan sahaja panggilan tersebut.
Jangan melayani mereka jika mereka bercakap tentang Cukai Keselamatan Awam dan Jabatan Hasil Dalam Negeri. Semua urusan sebegini hanya di pejabat berkenaan dan anda akan dihantar surat notis jika ada. Sila putuskan panggilan tersebut sebelum anda takut dan tertipu.
Jika anda menerima sms, whatsap dan lain-lain mesej teks, jangan klik pada sebarang pautan yang diberikan. Padam (delete) kesemua mesej tersebut.
Jangan jawab semua panggilan telefon yang bermula dengan 08-111.

Jika anda boleh dan mampu melakukan semua yang di atas, anda tidak akan ditipu. Sila ingatkan kepada semua ahli keluarga dan rakan-rakan anda.

Jika anda hendak juga membayar kerana terpengaruh sekalipun, anda dinasihatkan membuat semakan akaun yang digunakan bagi tujuan penipuan pada pautan  http://ccid.rmp.gov.my/semakmule sebelum melakukan sebarang transaksi.

macau scammer
Anda tidak perlu berfikir panjang, jika panggilan yang diterima mirip seperti saranan di atas, putuskan sahaja panggilan tersebut.

Pihak berkuasa tidak akan menelefon anda jika urusan-urusan seperti di atas, melainkan kecemasan seperti kemalangan dan kematian. Biasanya mereka akan memaklumkan tempat kecemasan tersebut seperti Hospital, Balai Polis dan lain-lain lagi. Bukannya anda di arahkan datang ke bangunan rumah kedai atau apa-apa bangunan persendirian – Suka Viral

Doa Anak Dengar Kata Ibu Bapa

7 Himpunan Doa Terbaik Untuk Anak-Anak Berjaya Dunia Akhirat

Rawatan Pertolongan Cemas

Pertolongan Cemas