in , ,

Tips Elak Mengantuk Semasa Memandu

Tip Elak Mengantuk Semasa Memandu

Setiap kali musim perayaan atau cuti sekolah, sudah tentu kita semua akan pulang bercuti ke kampung halaman masing-masing. Pada waktu ini jalanraya samada jalan persekutuan dan lebuhraya akan penuh sesak dengan kenderaan.

Dalam waktu ini juga, pihak-pihak yang merasa mereka bertanggungjawab kepada pengguna jalanraya akan menentukan anda supaya memandu dengan selamat dan sampai ke kampung halaman dengan selamat. Berbagai kempen mereka lakukan semata-mata untuk keselesaan dan keselamatan anda. Banyak kemalangan berlaku disebabkan faktor mengantuk.

kemalangan jalanraya
Akibat mengantuk, nyawa kita dan orang lain dalam bahaya jika kita tIdak berhati-hati

Pengguna jalanraya juga hendaklah mempersiapkan diri sendiri agar perjalanan mereka selamat. Selain menentukan kenderaan masing-masing dalam keadaan tip-top, mereka juga harus menentukan diri sendiri terutama pemandu dalam keadaan cergas dan tidak mengantuk. Mereka wajib menentukan tidur yang cukup sebelum memandu.

Di sini disenaraikan tip-tip yang tidak masuk akal supaya anda tidak mengantuk dan boleh terus memandu. Tip ini tidak termasuk penggunaan device cegah mengantuk, meminum kopi atau apa-apa minuman yang sememangnya anda telah persiapkan setiap kali hendak memandu. Pihak lebuhraya juga ada menyediakan. Tip ini hanya alternatif jika semua langkah-langkah yang anda telah ambil masih tidak berkesan.

TIP UNTUK ELAK MENGANTUK KETIKA MEMANDU

Bila anda rasa mengantuk, sila cuba tip-tip di bawah bersilih ganti. Ubah menggunakan tip-tip tersebut apabila tip yang anda sudah ikuti masih juga membuatkan anda rasa mengantuk.

1. DENGAR LAGU DANGDUT. Mainkan lagu-lagu dangdut yang agak rancak. Apabila anda mainkan lagu ini, mata anda akan kembali segar. Walaupun sekadar 5 ke 10 minit, anda sudah mampu meneruskan perjalanan anda mungkin hingga 10 km.

2. DENGAR LAGU ROCK. Mainkan lagu-lagu rock keras kesukaan anda seperti Amuk, FTG, Metallica dan lain-lain. Mata anda akan celik sebentar dan teruskan perjalanan anda mungkin hingga 10 km lagi.

pasang lagu dan ceramah jika mengantuk
Gunakan Sistem Audio Kenderaan anda jika anda rasa mengantuk

3. DENGAR CERAMAH AGAMA. Mainkan kaset atau CD ceramah agama yang membuatkan anda ketawa dengan telatah orang yang memberi ceramah. Antaranya adalah Ustaz Azhar Idrus, Ustaz Ismail Kamus dan lain-lain. Bagi yang bukan Islam boleh juga dengar ceramah Politik Mat Sabu semasa berkempen baru-baru ni.

Kalau anda suka Ustaz Shamsul Debat pun layan saja. Ramai lagi ustaz-ustaz yang buat anda tidak mengantuk. Mendengar ceramah atau syarahan agama membantu anda cergas sehingga melebihi 10 km.

Hulur tangan
Hulur tangan keluar jika mengantuk

4. HULUR TANGAN KELUAR. Hulurkan tangan anda keluar dari kereta dan main-main dengan angin. Perbuatan ini juga buatkan anda tidak mengantuk kerana disamping main angin, angin segar sejuk dari luar akan terkena pada muka anda menyebabkan anda segar sebentar. Walau bagaimanapun perbuatan ini boleh mengelirukan pemandu lain dan tidak digalakkan.

5. STARLIGHT (JENTIK) DAHI. Suruh orang sebelah starlight dahi anda beberapa kali. Insyaallah bila kena starlight mata anda akan kembali cergas dan boleh teruskan memandu beberapa km lagi. Kesan lain terhadap starlight kami tidak mengetahui dan kami tidak bertanggungjawab jika anda tercedera. Kebanyakan anggota tentera dan polis kenal benar dengan aktiviti starlight.

menjentik dahi hilangkan mengantuk
Starlight (Jentik dahi)

6. GIGIT BENDA PAHIT. Sediakan benda-benda pahit dan gigit jika rasa mengantuk. Antara benda-benda yang pahit adalah akar seruntun, daun sentang dan buah tunjuk langit. Apabila anda tergigit benda-benda pahit ini kesannya agak sukar hilang. Anda akan mampu memandu mungkin berpuluh km lagi.

Akar Seruntun pahit
Akar Seruntun sangat pahit dan kesannya sangat lama.

7. KUNYAH CILI. Tip terakhir adalah gigit dan kunyah cili. Nak lagi power kunyahlah cili padi. Ini adalah tip yang paling mencabar dan paling tak masuk akal. Tetapi anda boleh cuba. Pemanduan anda akan lebih jauh dan mata anda terbuka luas. Sediakan air secukupnya.

Makan Cili
Makan cili jika anda mengantuk semasa memandu

Tip di atas adalah hasil pengalaman penulis sendiri. Semuanya sedikit sebanyak membantu penulis untuk meneruskan pemanduan melebihi 10 jam sehingga tiba ke destinasi dengan selamat. Jika tidak berkesan, berhenti di tempat selamat dan LENA – Suka Viral

Malaikat Dan Kepantasan Cahaya

pahala mudah buat isteri

Pahala Seorang Isteri