in ,

Tips Hidup Sihat

Tips hidup Sihat

Sihat itu sangat mahal harganya. Tetapi jika kita dihinggapi penyakit merbahaya, adalah lebih mahal harganya untuk kita bayar. Seorang doktor iaitu Dr. Raymond Francis telah menulis beberapa buah buku berkaitan dengan kesihatan dan tips hidup sihat. Antaranya adalah 3 buah buku popular yang berjudul:

1. Never Be Sick Again – Tidak Pernah Sakit Lagi.
2. Never Fear Cancer Again – Tidak Pernah Takut Kanser Lagi.
3. Never Be Fact Again – Tidak Pernah Gemuk Lagi.

Dr Raymond Francis

Untuk pengetahuan anda Dr Raymond sendiri, sehingga usianya 75 tahun, beliau hanya terkena penyakit flu dan itupun hanya sekali sahaja. Bagaimana ia mencegahnya ataupun apakah yang diamalkan oleh beliau serta tip hidup sihat yang digunakannya?

TIPS HIDUP SIHAT

Antara yang tertulis di dalam buku-buku tersebut adalah berkaitan dengan GULA. Hebatkan gula ini. Mari kita baca seterusnya. Berikut adalah hal-hal yang berkaitan dengan gula:

cara hidup sihat
Gula

1. Jauhi gula selamanya, sentiasa bersenam dan mengatur pola makan secukupnya.

2. Gula adalah penyebab kepada pertambahan berat badan, flu, influenza, alzeimer dan segala penyakit jantung.

3. Gula juga penyebab kepada penimbunan lemak dan bertambahnya berat badan.

ciri ciri gaya hidup sihat
Gula-gula mempunyai banyak gula dan bahaya jika dimakan berlebihan

4. Pendek kata segala penyebab atau punca penyakit pada manusia ada hubung kait dengan gula.

5. Apabila anda ambil sesudu gula (ukuran sudu teh) akan menurunkan 50% imunisasi tubuh.

6. Meminum segelas cola akan menurunkan imunisasi tubuh pada jarak 6 ke 8 jam kerana cola mengandung banyak gula.

gaya hidup sihat amalan kita
Makanan dan minuman yang mempunyai kadar gula yang tinggi

7. Gula adalah makanan bagi sel kanser. Untuk pencegahan dan penyembuhannya adalah dengan menghindari gula.

Dr Raymond berkata para ibubapa melarang anak-anak mereka daripada menghisap rokok dan minum minuman beralkohol tetapi mereka memberikan anak-anak mereka manisan-manisan yang lebih berbahaya daripada rokok dan alkohol iaitu GULA.

Kesimpulannya adalah:

“Hindari Gula!”

keburukan gula, cara hindar penyakit,

Dr Raymond telah memenangi karya ilmiah di Universiti Frankfurt berkaitan kesihatan makanan iaitu tentang dengan yogurt, daun pudina dan minuman bergas.

Yogurt

Anda disarankan kerap mengambil yogurt sebagai salah satu menu harian. Paling baik adalah yogurt yang rendah lemak. Dalam segelas yogurt mengandungi 450mg kalsium.

amalan untuk sihat
Jadikan yogurt sebagai salah satu makanan wajib setiap hari

Daun Pudina

Daun pudina adalah penawar atau ubat untuk menguatkan jantung dan melancarkan pengaliran darah. Jika anda meminum teh yang dicampur dengan daun pudina, ianya membantu melancarkan perut dan usus, mengurangkan penyakit serta menyegarkan bau mulut anda.

Minum segelas rebusan daun pudina panas tanpa gula untuk merawat ‘gastric anacidity’.

tips penjagaan kesihatan
Air rebusan pudina tanpa gula sangat berkhasiat

Daun pudina boleh menghilangkan gas, menguatkan ginjal, pankreas dan meredakan batuk, menenangkan saraf dan kondisi marah, menghilangkan insomnia, meningkatkan diuretik dan penghadam makanan yg terbaik.

Minuman Berkarbonat

Minuman air berkarbonat akan menyebabkan ukuran pinggang wanita bertambah besar walaupun berat badannya tidak bertambah.

Minuman berkarbonat juga menyebabkan osteoporosis, masalah berkaitan jantung dan ginjal, obesiti, kencing manis dan karies gigi.

cara elak penyakit merbahaya
Minuman berkarbonat sangat tinggi kandungan gulanya

Teh Hijau Atau Kopi Pahit

Minuman ini sangat bagus kerana kaya dengan antioksidan yang mengawal kanser.

cara elak sakit
Minuman sangat sangat bagus untuk mencegah kanser.

Berjalan Kaki

Berjalan selama 30 minit sehari dalam masa 5 hari seminggu adalah untuk menghindarkan kita daripada penyakit jantung, kencing manis, kemurungan, tekanan darah dan kolesterol.

gaya hidup sihat
Berjalan kaki adalah salah satu aktiviti yang sihat

Bawang Putih

Makan bawang putih membantu untuk mengurangkan peluang terkena kanser kerana bawang putih dapat meningkatkan daya tahan tubuh.

tips kesihatan
Bawang putih dan halia memang tidak ramai yang menggemarinya

Halia

Makan halia hangat pada waktu petang dapat membantu membakar lemak dan mengeluarkan toksin daripada badan.

Salmon, Epal, Anggur, Ceri, Blueberry & Bayam

Merupakan makanan yang mengawal sel-sel otak dan menguatkan ingatan.

jom sihat
Antara makanan sihat

Minum Air Selepas Bangun Tidur

Berusahalah untuk meminum segelas air selepas bangun untuk mengembalikan cecair yang hilang semasa tidur dan membersihkan toksin di dalam badan.

Minum Air Semasa / Selepas Makan

Ada orang kata minum air semasa makan dan selepas makan akan menyebabkan perut kembung dan susah untuk dicerna.

Sebenarnya air tidak menyebabkan kembung dan membantu mencerna lebih baik daripada yang lain.

PENUTUP

Kesihatan, kesakitan adalah ditentukan oleh yang maha kuasa. Kita sebagai manusia hendaklah berusahan untuk menjaga kesihatan diri. Amalkan cara hidup sihat dan insya Allah kita akan sihat. Allah itu adil.

Jika entri ini bermanfaat, sila share dengan kawan-kawan dan keluarga anda. Mana tahu ianya memberi kebaikan – Suka Viral

Sumber: facebook

Ciri-Ciri Calon Isteri Dalam Islam

Ciri-Ciri Khusus Memilih Calon Isteri Menurut Islam

Lelaki Ditahan Polis

Buruh Di Tahan Kerana Menghina Polis Yang Maut Dalam Kemalangan Di LPT