in

Tips Memanjangkan Masa Nyalaan Lilin Hingga 11 Jam

Pada era awal 80an dulu, tak semua penduduk di negara ini merasai nikmat bekalan elektrik. Pada masa itu majoriti mereka menggunakan pelita minyak tanah.

Pelita minyak tanah sangat berguna pada waktu itu. Anak-anak mentelaah pelajaran dan membaca Al-Quran bertemankan cahaya pelita minyak hingga kadangkala menyebabkan hidung mereka berjelaga.

Menggunakan pelita minyak tanah

Setelah bekalan elektrik dibekalkan kepada hampir seluruh penduduk di negara ini, sukar kita untuk menemui pelita minyak tanah lagi. Majoriti penduduk negara ini telah mempunyai bekalan elektrik di rumah masing-masing.

PERSOALANNYA?

Jika bekalan elektrik terputus mereka terpaksa mencari alternatif lain untuk mendapat pencahayaan. Bagi keluarga berada mereka mungkin mempunyai generator atau lampu yang menggunakan kuasa bateri dan boleh dicas semula.

Bagi mereka yang kurang berkemampuan, mereka akan memilih lilin. Itupun ala kadar sahaja. Jika bekalan elektrik terganggu dalam jangkamasa yang lama, sekotak lilin belum tentu mencukupi untuk menampung keluarga yang agak besar.

Oleh itu, bagi menjimatkan kos, ada alternatif lain untuk memanjangkan jangka hayat lilin itu sendiri. Lilin akan dapat digunakan dalam masa yang lebih lama daripada sepatutnya.

BAGAIMANA?

Sila baca hingga habis.

Bahan-bahan yang perlu disediakan ialah lilin (jumlah anda tentukan), garam secukupnya, bekas dan air sehingga lilin tenggelam.

Rendam lilin bersama garam akan memanjangkan jangka masa nyalaan lilin itu sendiri

Cara-caranya adalah seperti berikut:

1. Masukkan air secukupnya ke dalam bekas. Masukkan garam.

2. Masukkan lilin ke dalam bekas dan rendam.

3. Lilin hendaklah direndam sekurang-kurangnya 48 jam (2 hari).

4. Selepas itu keluarkan lilin dan biarkan sehingga kering. Jemur di bawah matahari yang sederhana. Jika dibawah panas terik matahari dikhuatiri cair pula.

5. Apabila sudah kering, lilin tersebut telah boleh digunakan jika bekalan elektrik terputus.

Bagi lilin yang panjangnya sehingga 10 cm, ia boleh bertahan sehingga 11 jam. Pada kebiasaannya, lilin hanya bertahan dalam jangkamasa 2 ke 3 jam sahaja. Itupun jika bernasib baik.

TIPS TAMBAHAN

Jika anda ingin waktu masa nyalaan lilin yang lebih lama lagi, anda perlu menambah jangkamasa merendam lilin sehingga 3 atau 4 hari.

AWAS!

Berhati-hati menggunakan lilin sebagai sumber pencahayaan kerana sebahagian besar punca kebakaran di rumah kediaman, salah satunya berpunca dari api lilin.

Selamat mencuba semoga ianya berjaya menjimatkan kos anda dan juga semoga anda sentiasa berhati-hati.

Tip Selepas Cabut Gigi

Tips Selepas Cabut Gigi

JPJ Tawarkan 70% Diskaun Terhadap Semua Saman dan Kompaun