Photo: http://www.pru14.tv

Tips Mengelak Ditindih Hantu Semasa Tidur

Setiap orang pernah merasai pengalaman ditindih sewaktu tidur. Ianya benar berlaku dan bukanlah mainan tidur. Biasanya sewaktu kita kena tindih, kita sedaya upaya ingin membuka mata tetapi tidak mampu. Keadaan agak merimaskan kerana kita sukar bergerak.

kena tindih hantu semasa tidur
Setiap orang ada pengalaman ditindih semasa tidur.

Semasa ditindih juga hendak membuka mulut untuk membaca Ayatul Kursi pun seperti tidak mampu. Ingin menyebut nama Allah juga sangat sukar. Kadang-kadang hanya mampu sebut “Aaaaaaaaa!!” sahaja. Tetapi apabila kita berjaya menyebut nama Allah, kita akan dilepaskan.

Sebenarnya apabila kita terasa sedang ditindih, kita hendaklah tenangkan fikiran dan jangan panik. Setkan dalam kepala kita bahawa ianya biasa-biasa sahaja dan tiada apa-apa berlaku. Buat seperti tiada apa-apa. Akhirnya kita akan dilepaskan. Mungkin pelaku berasa boring.

PERKARA YANG HARUS DILAKUKAN JIKA KENA TINDIH

Di bawah ini disenaraikan beberapa tip untuk anda lakukan sekiranya anda ditindih lagi. Insyaallah.

1. Tarik nafas sedalam-dalamnya. Tahan nafas beberapa detik sambil berzikir dalam hati “ALLAH” sebanyak mungkin. Hembus perlahan-lahan. Ulang beberapa kali.

2. Azan dalam hati sekuat-kuatnya sehingga anda mampu lepaskan suara azan di mulut.

3. Baca Ayat Kursi atau apa-apa surah yang terlintas dalam kepala anda.

4. Cuba gerakkan ibu jari perlahan-lahan sehingga anda mampu menggerakkan keseluruhan tubuh badan anda.

5. Bila berjaya sila ubah posisi tidur anda.

CARA MENGELAK DITINDIH SEMASA TIDUR

Bila dah kena tindih tu, memang kalau boleh tak mahu lagi ditindih. Bukan apa siksa sangat nak bernafas. Kalau dan rasa siksa eloklah kita mengetahui bagaimana cara mengelak daripada ditindih semasa anda sedang tidur.

1. KiBAS tempat tidur sebelum kita rebahkan badan.
2. Hendaklah menjaga kebersihan bilik dan tempat tidur.
3. Menjaga kebersihan jasad dan rohani sebelum tidur (berwuduk, berzikir dan membaca al-quran sebelum tidur.
4. Membaca 3 Qul dan tiup ditangan. Kemudian sapu ke seluruh badan.
5. Membaca ayat kursi sebelum tidur.
6. Istighfar banyak-banyak sebelum tidur.
7. Membaca bismillah sebanyak 21 kali.
8. Tidur dengan cara mengiring ke sebelah kanan.

tip mengelak ditindih semasa tidur
Tidur mengiring ke kanan adalah sunnah dan ada kaitan dengan kesihatan

SURAH 3 QUL:

InysaAllah inilah ikhtiar kita. Semoga tip di atas bermanfaat untuk anda semua.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *