Tips Menghilangkan ‘Stretch Mark’ Selepas Bersalin Yang Mungkin Anda Tidak Tahu

Semua suami akan gembira bila mengetahui isterinya mengandung. Begitu juga dengan wanita tersebut. Inilah yang ditunggu-tunggu selapas melangsungkan perkahwinan dengan orang tersayang.

Kegembiraan jelas terpancar pada pasangan mengetahui mereka bakal menimang cahaya mata.

Selepas beberapa minggu mengandung, terasa sesuatu perubahan berlaku terutama pada kulit perut. Telah kelihatan sedikit demi sedikit kulit menjadi pecah atau berjalur.

Sesetengah wanita tertekan bila melihat ‘stretch mark’ di perut mereka semasa sedang mengandung.

Ditambah dengan gatal yang berpanjangan membuatkan anda tidk senang duduk. Mesti stress bila dah tengok terdapat ‘stretch mark’ semasa sedang mengandung lagi atau selepas melahirkan anak walaupun semasa mengandung pernah juga cuba gunakan krim, tapi semuanya tak serasi dan membuat anda rasa tak selesa.

Ada bakal ibu yang menyapu berbagai jenis krim tetapi tidak mendapat hasil yang memuaskan.

Jadi, apa cara yang berkesan untuk menghilangkan ‘stretch mark’ dengan lebih berkesan. Kehamilan bukan saja akan menambahkan bilangan ahli keluarga, tetapi ia juga menyebabkan pelbagai perubahan fizikal dan mental kepada seorang bakal ibu.

Kehamilan menyebabkan beberapa perubahan fizikal pada si ibu.

Selepas bayi dilahirkan, kita boleh menarik nafas lega dan syukur apabila bayi yang dilahirkan sihat dan comel serta ibu pula selamat. Namun, jauh di sudut hati si ibu tersimpan sedikit rasa risau dengan perubahan fizikal yang tidak lagi seperti dahulu.

Terpancar kerisauan seorang ibu yang lepas bersalin

Selain berat badan bertambah, satu lagi masalah yang timbul adalah parut regangan atau ‘stretch mark’ ketika bersalin yang selalunya tertumpu di kawasan sekitar perut, punggung, peha, dan payudara.

Kesan ‘stretch mark’ yang minima. Jika terus berusaha ianya mungkin tidak lagi kelihatan.

Di sini disenaraikan cara-cara untuk menghilangkan parut tersebut. Anda kena rajin dan amalkan seawal mengandung dan teruskan selepas bersalin. Nak cantik jangan malas. Jika kita malas impaknya sangat tinggi termasuk perubahan tingkah laku suami  anda. Minta dijauhi.

CARA MENGHILANGKAN ‘STRETCH MARK’ DENGAN PANTAS DAN BERKESAN

Berikut adalah beberapa tips dan cara menghilangkan ‘stretch mark’ yang boleh anda lakukan sendiri di rumah dengan menggunakan bahan semulajadi yang bersih dan selamat.

1. MINYAK ZAITUN

Minyak Zaitun

Sebaik-baiknya gunalah minyak zaitun asli yang diperkaya dengan khasiat vitamin A, D, dan E. Lumurkan sedikit pada tangan dan urutkan pada kawasan yang mempunyai kesan ‘stretch mark’. Seeloknya diamalkan sebelum tidur supaya semua vitamin dan khasiatnya dapat diserap pada waktu malam.

2. MINYAK KELAPA DARA

Minyak kelapa dara

Selain minyak zaitun, anda juga boleh menggunakan minyak kelapa dara atau minyak vitamin E yang bersesuaian dengan anda. Anda juga boleh menggunakan pelbagai minyak aromaterapi seperti lavender, sitrus, dan eucalyptus yang mempunyai khasiat tersendiri dalam membantu memulihkan kulit.

3. MADU

Tidak dinafikan lagi bahawa madu lebah mempunyai 1001 khasiat.

Madu mengandungi pelbagai ciri antiseptik yang dapat membantu memulihkan kulit daripada parut ‘stretch mark’. Tidak hairanlah jika ia banyak digunakan dalam masker dan produk-produk kosmetik.

Anda boleh menyapukan madu asli secara terus kepada parut ‘stretch mark’. Sambil menunggu ianya kering, lakukan urutan lembut pada bahagian tersebut. Bilas seperti biasa dengan air suam dan amalkan setiap hari.

4. PUTIH TELUR

Putih telur

Putih telur kaya dengan protein. Ia membantu merawat komposisi kulit. Kandungan lainnya turut membantu meremajakan serta mencerahkan kesan parut pada kulit.

Pukul telur putih dengan garpu dan gunakan berus lembut untuk menyapu telur ini pada bahagian ‘stretch mark’. Biarkan ia kering dan sapu lagi beberapa lapisan. Biarkan ia kering dan bilas.

5. ALOE VERA

Gel aloe vera

Aloe vera mempunyai ciri-ciri khas untuk merawat dan memperbaiki kulit kita. Apabila seseorang mengalami luka atau kegatalan, penggunaan aloe vera sangat berkesan.

Sapukan aloe vera pada bahagian yang terdapat stretch mark. Biarkan selama 20 minit sebelum membilasnya. Lebih elok jika anda mendapatkan gel aloe vera asli daripada daun lidah buaya kerana ia tidak mengandungi sebarang bahan kimia.

6. LEMON DAN TIMUN

Jus lemon dan timun. Photo Kredit: glowblo.com

Vitamin C yang terkandung dalam lemon membantu memperbaiki kulit manakala timun pula memiliki ciri pelembap yang sangat baik untuk kulit.

Anda boleh membuat pes daripada jus lemon dan timun yang dikisar bersama. Sapukan pada bahagian yang berparut dan biarkan sehingga ia kering. Selepas itu, bilas seperti biasa. Jika kulit anda yang berparut tadi berada dalam keadaan kering, jangan gunakan lemon sekiranya ia menyebabkan iritasi. Cuba dalam kuantiti kecil terlebih dahulu.

7. KENTANG

Ubi kentang juga boleh merawat kulit.

Kentang mengandungi phytochemicals, polyphenols, dan carotenoids yang membantu memperbaiki tekstur kulit.

Sebiji kentang dipotong dua. Sapukan bahagian isi kentang pada parut ‘stretch mark’. Biarkan seketika sehingga jus kentang meresap sepenuhnya ke dalam tubuh sebelum dibilas dengan air suam. Lakukan 2 kali sehari untuk mendapatkan kesan yang memberangsangkan.

8. GULA

Gula yang dijadikan pes. Photo Kredit: olwoman.com

Gula juga boleh digunakan untuk menghilangkan ‘stretch mark’ dengan menjadikannya bahan asas dalam skrub. Ini kerana, gula membantu membuang kulit-kulit mati pada kulit. Jenis gula yang boleh dipakai adalah gula putih, gula merah, atau gula organik.

Anda boleh membuat sendiri skrub semulajadi ini dengan mencampurkan gula dengan sedikit minyak zaitun sehingga menjadi pes yang kental dan bertekstur. Kalau tiada minyak zaitun, anda boleh mencampurkan gula dengan bahan lain seperti garam atau serbuk kopi dengan cara yang sama.

LAKUKAN SEAWAL MUNGKIN

Proses di atas mungkin mengambil masa sehingga 6 bulan sebelum menampakkan kesannya. Pastikan anda tidak berputus asa dan lakukan dengan konsisten.

Langkah ini juga boleh dilakukan semasa hamil bertujuan untuk melembapkan kulit serta mengurangi kegatalan yang dirasai.

SELAMAT MENCUBA

Sumber: zuriat.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *