in

Tips Mudah Menggosok Pakaian Yang Anda Kena Tahu

Tips Mudah Menggosok Baju Yang Anda Kena Tahu

Bosannya gosok baju kalau berkedut juga. Lepas gosok bahagian atas nak terbalikkan pula sebab masih berkedut lagi. Ianya memang mengambil masa yang agak lama sebab kita benar-benar mahukan pakaian yang kemas. Sebenarnya ada tips mudah menggosok pakaian.

Bagi mereka yang bersuamikan anggota beruniform seperti tentera dan polis pula, pakaian atau unifom mereka mesti tiada kedutan dan mesti kemas. Ia melambangkan disiplin mereka.

cara mudah gosok baju,
Anda mesti stress jika banyak masa dihabiskan untuk menggosok pakaian.

Kini ada teknik yang sangat bagus untuk diaplikasikan bagi menentukan pakaian kita benar-benar kemas. Ia bukan sahaja membantu anda menjimatkan masa untuk menggosok pakaian malah menjimatkan tenaga elektrik. Bagaimana untuk melakukannya? Baca artikel ini hingga habis.

Setiap rumah di negara kita sudah tentu mempunyai ironing board atau papan seterika. Maka sudah tentu juga mempunyai seterika. Apa yang anda perlu buat adalah dapatkan kepingan aluminium atau aluminium foil. Biasanya di dapur ada kepinngan aluminium.

CARA MELAKUKAN

1. Terlebih dahulu anda hendaklah menanggalkan alas atau sarung pada papan seterika (ironing board).
2. Balutkan atau hamparkan kepingan aluminium (aluminium foil) tadi di atas papan seterika anda. Sila pastikan bahagian yang berkilat berada di bahagian atas (permukaan).
3. Kemudian sarungkan kembali alas atau sarung papan seterika seperti biasa asal dan siap.

cara mudah menggosok baju,
Cara menyediakan papan seterika dan seterusnya menggosok dengan cepat.

TUGAS SETERUSNYA

1. Panaskan seterika anda. Pastikan letak seterika anda dengan selamat.
2. Ambil pakaian yang anda mahu gosok. Gosok pakaian anda seperti biasa.

Untuk pengetahuan anda, ketika anda menggosok pakaian, akan berlaku pemanasan pada permukaan kepingan aluminium. Oleh itu, secara tidak langsung ia seolah-olah membantu anda menggosok kedua-dua bahagian pakaian serentak dalam satu masa.

cara mudah setrika baju,
Walaupun pakaian yang banyak, masa anda dapat disingkatkan

Anda sebenarnya telah menggosok kedua belah pakaian anda. Jadi anda tidak perlu lagi menggosok kedua-dua belah pakaian anda dalam masa yang berlainan. Anda telah menjimatkan masa anda dan juga bil elektrik anda.

Selamat mencuba dan jangan lupa kongsikan kerana ianya sangat bermanfaat.

Sumber: My Debat

Semak Saman PDRM

Semak Saman Polis, Trafik, AES dan JPJ – Online dan SMS

Resepi Talbinah

Bubur Talbinah – Resepi Istimewa Rasulullah SAW