in ,

Tips Selepas Cabut Gigi

Tip Selepas Cabut Gigi

Sakit gigi sangatlah siksa sehinggakan mendengar ayam berkokok boleh menimbulkan kemarahan. Semasa sakit gigi, berkobar-kobar berniat untuk mencabutnya apabila sembuh.

Namun kebanyakannya membatalkan niat tersebut kerana mungkin disebabkan takutkan jarum. Ada yang demam selepas cabut gigi. Mereka juga mungkin takut kerana sesetengah orang berpendapat bahaya cabut gigi geraham atas.

sakit gigi, takut jarum

Cabut gigi merupakan proses pembuangan gigi daripada tulang rahang. Prosedur ini hanya akan dilaksanakan oleh doktor gigi apabila mereka mendapati gigi pesakit tidak boleh diselamatkan atau berkait dengan sebarang masalah patologi atau penyakit.

BACA JUGA: Esen Vanila Penawar Sakit Gigi

KENAPA GIGI PERLU DICABUT

1. Sekiranya gigi anda mengalami kerosakkan yang teruk.
2. Sakit gusi yang berpanjangan yang boleh menyebabkan gigi longgar.
3. Keradangan pada tisu pulpa.
4. Geraham bongsu tenggelam dalam rahang.
5. Melibatkan pathologi gigi.
6. Rawatan orthodontik.
7. Jika gigi susu tidak diganti dengan gigi kekal.

APA YANG ANDA HARUS BUAT SEBELUM CABUT GIGI?

1. Anda hendaklah makan terlebih dahulu sebelum cabut gigi
2. Ambil ubat-ubat harian yang perlu bagi penyakit kencing manis dan darah tinggi.
3. Bawa perskripsi doktor ketika hendak mencabut gigi
4. Elakkan ubat seperti aspirin dalam masa 3 hari sebelum cabut gigi. Ia boleh menyebabkan pendarahan yang banyak semasa proses mencabut gigi.
5. Bawa radiograph yang berkenaan proses cabut gigi jika ada.

gigit kapas selepas cabut gigi selama setengah jam

APAKAH YANG HARUS ANDA BUAT SELEPAS CABUT GIGI?

1. Gigit Kapas (kain kasa) selama setengah jam.
2. Jangan meludah. Pastikan anda menelan air liur bagi memastikan ia (dalam mulut) sentiasa kering.
3. Selepas setengah jam, jika masih berdarah, sila tukar kapas yang baru.
4. Ulangi perkara yang sama jika perlu.
5. Jangan berkumur selama 6 jam.
6. Jangan makan atau minum panas dalam jangkamasa 2 jam selepas cabut gigi. makan makanan seperti bubur dan minum minuman yang sejuk.
7. Jangan menggigit pipi, lidah atau tempat yang kebas bagi mengelakkan kecederaan.
8. Jangan merokok dalam masa sehari.
9. Jangan sentuh tempat cabutan gigi dengan lidah atau jari.
10. Jangan minum menggunakan straw.
11. Ambil ubat dan makan seperti yang diarahkan oleh pihak despensari.
12. Sekiranya pendarahan berlanjutan, sila berjumpa doktor.

Semoga anda menjaga gigi anda agar sentiasa sihat. Selalulah membuat pemeriksaan gigi. Semoga ianya bermanfaat.

Petua Mudah Halau Cicak

Tips Memanjangkan Masa Nyalaan Lilin Hingga 11 Jam