in

TNB Punca Kenaikan Bil Elektrik dan Akan Kenakan Penalti Oleh ST

TNB akan dikenakan Penalti

Tenaga Nasional Berhad (TNB) menjadi punca kenaikan bil elektrik kepada sesetengah pengguna seperti yang dilaporkan dan akan dikenakan penalti oleh Suruhanjaya Tenaga (ST) selepas didapati melakukan beberapa kesalahan.

Harian Metro melaporkan, Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Yeo Bee Yin berkata ST sedang mengumpul dan menyenarai jumlah kesalahan TNB sebelum mengumumkan penalti yang bakal dikenakan.

TNB PUNCA KENAIKAN BIL ELEKTRIK – MENTERI

“TNB melakukan kesalahan dan apa yang berlaku sebelum ini [kenaikan bil] adalah disebabkan masalah teknikal syarikat berkenaan.

punca kenaikan bil elektrik
Seorang pembaca bil sedang melaksanakan tugasnya. Foto – Utusan

“Mereka sudah menyelesaikan 50 peratus aduan sebelum hari raya, namun saya masih menunggu kemas kini keseluruhan aduan yang sudah selesai.

“Memang mereka [TNB] ada lakukan kesalahan mengikut Akta Bekalan Elektrik 1990 dan akan dikenakan penalti oleh ST.

“Ada dua pilihan sama ada dikenakan tindakan mahkamah atau penalti. Tetapi penalti lebih senang,” katanya.

Ramai pengguna telah menerima bil tinggi setelah terdapat gangguan dalam sistem yang digunakan TNB. Hali ini dinyatakan sendiri oleh Presiden, merangkap Ketua Pegawai Eksekutif TNB.

Amir Hamzah Azizan berkata isu teknikal tersebut telah memberi kesan kepada sistem pengebilan TNB namun pelanggan sudah dimaklumkan berhubung hal itu.

Sebelum ini, kecoh di media sosial apabila ada penggunakan memuatnaik status mengenai kenaikan bil elektrik yang sangat tinggi sehingga kerajaan campurtangan.

Min ada teringat selepas isu ini kecoh, Perdana Menteri, Tun M telah mengeluarkan kenyataan bahawa punca kenaikan bil elektrik yang dilaporkan adalah kerana bacaan tepat meter digital. Jadi mana satu yang tepat sebenarnya.

Kepada pengguna yang telah mengalami kenaikan yang tidak munsabah tempohari, sila perhatikan bil anda selepas ini. Mana tahu TNB masih menjadi punca kebaikan bil elektrik anda lagi.

Baca Juga: Cara Elak Penyewa Keluar Dari Rumah Sewa Meninggalkan Bil Elektrik Yang Tinggi

Apa komen anda? Sila LIKE dan SHARE ye. Layari juga page kami di Suka Viral.

Sumber: Harian Metro via MSN

Written by Admin

Saya orang biasa yang ada perlindungan takaful dan insurans. Suka travel seperti orang lain. Pernah naik flight untuk travel seperti Air Asia, Malindo, Malaysia Airlines dan Fire Fly. Nak cuba juga naik Scoot, Singapore Airlines, Qantas, Thai Airways, British dan sebagainya namun belum ada rezeki. Selain nasi sebagai makanan utama suka juga makan KFC, Mc Donalds dan sesekali Burger Kings. Minat bermain forex tapi tak pandai. Mempunyai akaun simpanan seperti Maybank, CIMB Bank, Hong Leong Bank dan AmBank tetapi duit belum tentu ada. Membeli belah dengan kemudahan kad debit. Tak pernah cuba kad kredit atau lain-lain kad.

Penawar Sihir

Jika Anda Rasa Terkena Sihir, Minumlah Air Kelapa

biodata dr amalina bakri

Tabik Dr Amalina. Ini Biodata Ringkas Beliau. Ibu dan Ayahnya Juga Bukan Calang-Calang