in ,

Toyota Corolla Cross 2020, Cantik Menawan. Kini Dilancarkan Di Thailand. Adakah Seterusnya Malaysia?

Pelancaran Toyota Corolla Cross 2020 di Bangkok baru-baru ini mendapat sambutan meriah. Difahamkan destinasi seterusnya untuk crossover terbaru Toyota itu adalah Indonesia!

Menurut Oto Driver, PT Toyota Astra Motor, yang merupakan pengedar Toyota di Indonesia, berminat untuk membawa Corolla Cross ke Indonesia pada akhir tahun ini.

Toyota Corolla Cross 2020, Nampak Gagah

Toyota Corolla Cross 2020

Namun belum ada perincian lebih lanjut mengenai model mana yang akan dibawa ke Indonesia. Di Thailand, Corolla Cross tersedia dengan 2 pilihan model. Salah satunya ialah Model 2ZR-FBE bertenaga petrol 1.8 liter yang serupa dengan C-HR yang menghasilkan 140 PS dan 175 Nm.

Yang lain adalah Model Hibrid 1.8 liter 2ZR-FXE yang menghasilkan 98 PS dan 142 Nm dengan tork 72 PS dan 163 Nm tambahan dari motor elektrik. Kedua-dua enjin digabungkan dengan kotak gear CVT.

Enjin hibrid adalah varian teratas di Thailand. Menurut WapCar, mereka telah membuat spekulasi sebelum ini bahawa ini boleh menjadi model hibrid pertama Toyota yang dipasang di Malaysia. Dengan kedua-dua jiran kita dari utara dan selatan mendapat Corolla Cross, adakah Malaysia akan menjadi destinasi yang seterusnya?

Sama-sama kita tunggu!

Baca: Cara Uruskan Kereta Jika Kemαlαngαn Tanpa Mengalami Kerugian

Written by Admin

Saya orang biasa yang ada perlindungan takaful dan insurans. Suka travel seperti orang lain. Pernah naik flight untuk travel seperti Air Asia, Malindo, Malaysia Airlines dan Fire Fly. Nak cuba juga naik Scoot, Singapore Airlines, Qantas, Thai Airways, British dan sebagainya namun belum ada rezeki. Selain nasi sebagai makanan utama suka juga makan KFC, Mc Donalds dan sesekali Burger Kings. Minat bermain forex tapi tak pandai. Mempunyai akaun simpanan seperti Maybank, CIMB Bank, Hong Leong Bank dan AmBank tetapi duit belum tentu ada. Membeli belah dengan kemudahan kad debit. Tak pernah cuba kad kredit atau lain-lain kad.

parodi meletop

Parodi Meletop ‘Cik Non Marah Guard’ Buat Warganet Gelak Sakan

nabilah

“Nama Aku Nabilah, Bukan Babilah! Bank Salah Eja Nama Pada Surat