in

Tular Bergadvh Di Plaza Tol, Kini Mereka Bersahabat

Kini Bersabahat

Tular Bergadvh di Plaza Tol, kini mereka bersahabat. Sebelum ini tular di media sosial kisah Mohamad Fazrien dan Ng Whye Hong bergadvh di Plaza Tol akibat salah faham semasa memandu. Siapa sangka kini mereka bersahabat baik.

Pergaduhan itu menyebabkan berbagai reaksi daripada netizen. Ada yang menyokong, ada yang mengutuk, ada yang menasihati dan macam-macam lagi.

Akhirnya mereka ditahan dan didakwa. Mahkamah Majistret Kuala Lumpur telah menjatuhkan hukuman ke atas mereka berdua. Tak sangka pula mereka nak bersahabat.

Dulu Bergaduh Kini Bersahabat

“KENANGAN 20 September 2019 menjadi memori dan kesedaran pada kami terutama aku…Allah temukan aku dengan Ng Whye Hong untuk memberi pengajaran kepada aku.”

Demikian coretan Mohamad Fazrien Mohd Ziear, 29, di Facebooknya berhubung keakraban dia bersama Ng Whye Hong, 39, selepas menerima dihvkum penj4ra sehari dan denda RM1,000 akibat insiden di Plaza Tol Bukit Kiara, 17 September lalu.

Hukuman itu dijatuhkan Majistret Noorasyikin Sahat pada Jumaat lalu selepas kedua-duanya mengaku bersalah mengikut Seksyen 160 Kanvn Kes3ksaan.

Mohamad Fazrien dan Ng mula menyesal ketika mereka berada di dalam lok4p Mahkamah Majistret Kuala Lumpur bersama hampir 50 b4nduan lain.

“Melihat suasana dan keadaan mereka (b4nduan) secara langsung timbul keinsafan dalam diri. Saya berada di dalam lok4p itu hampir tujuh jam.

“Bayangkan cara percakapan, tingkah laku dan kebersihan diri b4nduan lain menakutkan saya dengan Ng. Itu saat bermulanya kami berborak dan masing-masing menyesal dengan sikap, emosi serta ego semasa kejadian,” katanya lagi.

Mohamad Fazrien berkata, sesungguhnya hukuman yang diberikan amat memberi keinsafan buat dirinya dan dia pasti tidak akan mengulangi perkara mel4nggar undang-udang.

“Walaupun sekejap berada dalam tahanan, saya rasa seperti hilang segala nikmat. Kehidupan boleh ubah sama sekali.

“Ng turut beritahu saya, jika situasi sama berlaku padanya dia tidak akan turun melawan, sebaliknya menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk ambil tindakan,” katanya.

Menurutnya, pengguna jalan raya perlu sentiasa mematuhi undang-undang dan tidak menjadikan sikap ego menguasai diri kerana ia memakan diri sendiri sehingga menjadi samseng jalanan.

“Sentiasalah ingat orang tersayang dan bertimbang rasa serta bertolak ansur ketika di jalan raya.

“Undang-undang dicipta bukan untuk menghukum, namun tujuan utamanya untuk mendidik dan itu yang berlaku terhadap saya,” katanya.

Menurutnya, soal siapa salah, siapa menang dan siapa sakit dalam kejadian itu biarlah menjadi kenangan dan rekod peribadi mereka.

Sebelum ini, pergaduhan mereka tular di media sosial dan rata-rata netizen mencemuh dan mengecam sikap mereka yang tidak dapat menyelesaikan masalah dengan cara berhemah.

Nasihat Min kepada semua pengguna jalan raya, jika sebelah pihak melakukan kesalahan kecil kita tidak perlu memperbesarkan sangat. Orang sebelah pula jangan pula nak tambah-tambah. Jadi besar semua susah kan.

Sumber – Metro

Written by Admin

Saya lelaki biasa yang ada perlindungan takaful dan insurans. Suka travel seperti orang lain. Pernah naik flight untuk travel seperti Air Asia, Malindo, Malaysia Airlines, Fire Fly, Scoot, Singapore Airlines, Qantas, Thai Airways, British dan sebagainya. Makan juga nasi, KFC, Mc Donalds, Burger Kings. Minat forex tapi tak pandai. Sikit duit dalam simpanan akaun di Maybank, CIMB Bank, Hong Leong Bank dan AmBank. Membeli belah dengan kemudahan AEON Cards.

Gelagat Lelaki Membeli Tiket Bas

Gelagat Lelaki Terpaksa Membeli Tiket Bas Secara Melutut Kerana Ketinggiannya

Restoren Cari Jodoh

Gempak! Konsep Restoren Cari Jodoh Pertama Di Malaysia