in

Tular Waris Kasari Guru Di Kawasan Sekolah

guru dikasari waris

Sejak semalam tular video tentang waris kasari guru di kawasan sekolah. Kisahnya seorang guru telah dikasari oleh dua orang lelaki di sebuah sekolah di Bachock Kelantan.

Mangsa yang juga merupakan Guru Penolong Kanan Pentadbiran telah didatangi oleh dua orang lelaki bertubuh besar, telah cuba menarik, menolak dan ingin membawanya keluar dari kawasan sekolah.

Menurut sumber, kes ini berpunca dari salah faham perkataan **** yang digunakan. Menurut sumber, laporan Polis juga telah dibuat bagi memastikan keselamatannya terjamin.

Video (Guru SMK Sri Gunong diserang waris pelajar) rakaman yang berdurasi 3:31 minit itu mula tular malam tadi, dan setakat ini telah dikongsikan lebih ribuan pengguna media sosial dan ribuan komen. Ini tidak termasuk video yang telah tersebar di Kumpulan whatsapp dan telegram.

CIKGU SMK SRI GUNONG DISERANG WARIS PELAJAR.SEMOGA CIKGU DI BERI PEMBELAAN!

Dikirim oleh Oghe Bachok pada Minggu, 21 Juli 2019

MAKLUMAN LAPORAN AWAL KES

Dua orang lelaki Melayu telah menyerbu masuk ke kawasan sekolah. Kebetulan PKP En. Sirajudin baru hendak pulang selepas sesi pemantauan kelas tambahan Tingkatan 5. En Sirajudin telah diheret dan dipegang oleh seorang lelaki melayu. Berlaku perbalahan mulut antara PKP dan lelaki tersebut.

Ini berpunca dari salah faham apabila isteri beliau memaklumkan bahawa beliau diserang oleh En Sirajudin sedangkan En Sirajudin menelefon isteri beliau untuk memaklumkan hal yang sebenar berkaitan kes gantung sekolah yang mana penjaga perlu hadir utk tandatangan aku janji bersama pelajar. Pelajar hadir tetapi penjaga tidak hadir

Lelaki tersebut merupakan bapa saudara kepada seorang pelajar yang terlibat dengan kes hukuman gantung sekolah. Setelah diterangkan dengan jelas lelaki tersebut faham dan meminta maaf.

Pada masa tersebut Pengawal Keseamatan telah menyorokkan diri dari berada di tempat kejadian.

Apa komen anda? Admin sedih apabila dengar cerita-cerita tentang ada waris kasari guru dan tidak menghormati profesion mereka. Bagi Min seeloknya bawa berbincang terlebih dahulu. Namun mungkin ada sesuatu yang membuatkan mereka tidak berpuas hati.

Baca Juga – Ruginya Orang Yang Bersifat Dendam

Sumber: pendidik2u

Written by Admin Suka Viral

Saya lelaki biasa yang ada perlindungan takaful dan insurans. Suka travel seperti orang lain. Pernah naik flight untuk travel seperti Air Asia, Malindo, Malaysia Airlines, Fire Fly, Scoot, Singapore Airlines, Qantas, Thai Airways, British dan sebagainya. Makan juga nasi, KFC, Mc Donalds, Burger Kings. Minat forex tapi tak pandai. Sikit duit dalam simpanan akaun di Maybank, CIMB Bank, Hong Leong Bank dan AmBank. Membeli belah dengan kemudahan AEON Cards.

Hukum jumpa bomoh merawat sihir

Hukum Jumpa Tukang Sihir (Bomoh) Untuk Merawat Sihir

Piala FA 2019

Pengadil Jepun Adili Final Shopee Piala FA 2019 – MFL