in ,

“Tutup Semua Pusat Tahfiz Di Seluruh Negara” – Zainuddin Maidin

Tutup Pusat Tahfiz

Bekas Menteri Penerangan, Zainuddin Maidin mencadangkan kepada Menteri Agama supaya menutup semua operasi sekolah tahfiz di seluruh negara sepenuhnya.

Adalah memalukan cadangan itu datangnya dari seorang bekas menteri, seorang pemimpin setempat yang beragama islam secara zahirnya.

Baginya sekolah tahfiz melahirkan generasi islam yang jauh ketinggalan.

Kita tidak hairan jika cadangan ini diluahkan oleh orang bukan islam tetapi ianya datang dari seorang yang beragama islam. Beliau sepatutnya mencadangkan agar pusat-pusat hiburan dan maksiat ditutup tetapi sebaliknya.

Kenapa perlu ditutup sekolah tahfiz? Sepatutnya beliau memberi buah fikiran bagaimana untuk memajukan lagi institusi sekolah tahfoz. Sekolah Tahfiz terbukti dapat melahirkan, mendidik dan membentuk peribadi manusia menjadi insan yang mengamalkan sunah Nabi, beradab dan bertanggungjawab sebagai seorang muslim.

Anggapan bahawa sekolah tahfiz akan menyebabkan generasi muda mundur pada masa hadapan adalah tidak benar.

Kata-katanya semasa kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Iftifaqiyyah menunjukkan betapa tidak sukanya DIA ni pada sekolah tahfiz.

Sepatutnya kerajaan mewujudkan sistem sekolah tahfiz yang lebih teratur dan moden supaya dilihat dapat membanggakan ummah bertepatan dengan kemajuan teknologi serta mengikut peredaran zaman agar nampak lebih relevan.

Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia atau YADIM menyifatkan cadangan Zadinudin Maidin sebagai radikal.

Yang Dipertuanya, Dr Yusri Mohamad, berkata pihaknya menolak cadangan itu. Selama ini sekolah tahfiz berkemampuan melahirkan pelajar berkualiti bukan saja dalam bidang agama bahkan dalam bidang-bidang yang lain.

Sebelum ini media melaporkan Zainuddin Maidin menyarankan kepada Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa selaku Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), menutup sekolah tahfiz sebagai usaha untuk membawa keluar umat Islam daripada yang disifatkannya sebagai AMALAN AGAMA JUMUD.

Datuk Dr Mujahid

Dalam pada itu FMT melaporkan bahawa Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa menolak cadangan Zainuddin Maidin agar menutup semua sekolah tahfiz yang didakwanga tidak memberi masa depan kepada generasi baru umat Islam itu.

Beliau berkata, Zainudin yang merupakan orang lama sepatutnya membuat “homework” dan melihat sumbangan para huffaz selama ini.

“Ada para hafiz yang menjadi imam dan pada waktu yang sama berkarier. Darul Quran Jakim itu sebenarnya untuk melahirkan orang yang bukan sahaja huffaz tapi juga profesional,” katanya ketika dihubungi FMT.

Untuk pengetahuan pembaca, Zainuddin Maidin memang sejak dulu bercakap seolah-olah beliau bukan dari kalangan orang yang beragama islam walau agamanya islam. Selama ini kita hanya menuding jari pada pihak lain yang berusaha untuk jatuhkan islam.

Sebagai contoh adalah kes Sembahyang Jumaat diubah ke hari Sabtu. Siapa yang mencadangkan? Orang Islam. Dan banyak lagi yang kita tidak tahu.

Presiden FIFA Jemput 12 Remaja Thailand dan Jurulatih Yang Terperangkap Dalam Gua Untuk Saksikan Perlawanan Akhir Piala Dunia 2018

Cara Periksa Minyak Injin Kenderaan

Cara Memeriksa Paras Minyak Hitam (Minyak Injin) Kereta – Mudah Sahaja Tanpa Perlu Mengupah Sesiapa