U-Safe.. Peralatan Menyelamat Mangsa Lemas Yang Canggih Dan Juga Mampu Mengurangkan Risiko Kepada Anggota Penyelamat

Dunia semakin dipenghujung dan zaman semakin moden. Semua manusia berlumba-lumba untuk menunjukkan kebolehan masing-masing dalam mencipta apa jua peralatan canggih tak kiralah peralatan apapun.

Apa yang kita lihat sekarang, masing-masing mencipta gadjet yang paling canggih. Semua pengeluar berlumba-lumba untuk menarik perhatian pembeli. Kecanggihan produk mereka akan dapat menarik perhatian pembeli dan produk mereka akan laris dijual.

Begitu juga dengan penciptaan gadjet untuk kerja-kerja menyelamat. Walaupun tugas menyelamat boleh dilakukan dengan berbagai cara dan kaedah moden atau tradisional, pengeluar-pengeluar produk tetap mencipta peralatan yang semakin baik dan selamat untuk digunakan.

Bak kata orang-orang SELAMATKAN NYAWA SENDIRI SEBELUM MENYELAMAT NYAWA ORANG LAIN.

VIDEO di bawah menyaksikan bagaimana ciptaan terkini dalam bidang menyelamat di dalam air ini mampu mengurangkan risiko kematian kepada anggota penyelamat disamping mampu menyelamat nyawa mangsa.

Produk ciptaan terbaru NORAS Performance dari Portugal ini dilihat memenuhi permintaan antarabangsa.

Majlis Pelancaran U-Safe. Photo Kredit: presidencia.pt

Dengan adanya peralatan ini pihak penyelamat tidak perlu lagi menggunakan anggota penyelamat seperti dalam filem Baywatch yang seksi-seksi lagi. Hanya guna robot sahaja. Pengunjung pantai pun tidak terganggu dan lebih fokus kepada pasangan dan anak-anak.

Kita pun boleh beli jangan tunggu pasukan penyelamat saja terutama yang tinggal di kawasan yang sering terdedah kepada banjir. Yang penting bajet kena ada. mana tahu yang diselamatkan adalah kaum keluarga kita sendiri.

Harapan kami di sukaviral agar pihak kerajaan mengambil inisiatif untuk membeli peralatan ini bagi kegunaan pasukan penyelamat terutamanya untuk persediaan di musim banjir. Selain dari bot-bot penyelamat, peralatan ini juga nampaknya sangat berkesan dan mampu mengurangkan risiko kematian terutama kepada anggota penyelamat sendiri.

Produk U-Safe. Photo Kredit: expresso.sapo,pt

Sumber Video: Youtube

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *