in , , ,

Ubi Kayu Boleh Digunakan Untuk Merawat Jangkitan Ulat Air Pada Kaki

Rawatan Jangkitan Ulat Air

Celah-celah jari kaki jika terasa gatal dan dipicit sehingga berair semakin sedap. Timbul pula biji-biji kecil yang berisi dengan air bisa di bahagian tapak kaki dan tepi tapak kaki. Ambil jarum cucuk dan keluarlah air bisa. Kemudian gatal mulalah menggaru sehingga terkopek kulit tapak kaki. Inilah yang berlaku jika kaki kita terkena ulat air.

Jangkitan ulat air adalah satu penyakit kulit. Ia juga dikenali sebagai kaki makan air. Ramai juga orang akan yang mengalaminya walaupun sekali dalam hidup mereka. Biasanya berlaku kepada orang dewasa.

kaki makan air

JANGKITAN ULAT AIR

Ulat air akan menimbulkan rasa gatal dan tak selesa ini. Kegatalan bertambah jika kaki berpeluh terutamanya semasa memakai kasut dan stokin. Ulat air berpunca daripada fungus tricophyton yang berkembang di dalam air. Ia jarang berlaku di kalangan orang yang tidak memakai kasut dan stokin.

Kenapa sering menyerang mereka yang memakai kasut dan stokin? Contohnya adalah Polis, Tentera, Bomba dan pekerja binaan. Ini kerana mereka memakai kaut dalam jangkamasa yang lama dan kadang kala dimasuki air. Ini menyebabkan kadar lembapan, peluh dan juga kekurangan pengalihan udara yang baik pada kaki mewujudkan keadaan yang sangat sesuai bagi ulat air membiak.

Harus diingatkan juga, ulat air boleh menyerang sesiapa sahaja jika menggunakan air yang tidak bersih untuk mencuci kaki ataupun tangan. Tabiat memasuki tandas dan bilik air yang tidak bersih tanpa memakai selipar juga menyebabkan terkena ulat air.

makan air

TANDA-TANDA

Kebiasaannya ulat air akan menyerang di celah-celah jari kaki. Celah-celah jari tangan juga boleh diserang ulat air. Biasnya kulit di celah jari kaki dan tapak kaki akan mengelupas, merekah dan berkuping. Selain itu, terdapat kemerahan dan juga lecetan pada tapak kaki dan di sepanjang bahagian tepi kaki. Perubahan kulit ini mungkin diikuti dengan rasa gatal yang merenyam serta celah-celah jari akan sentiasa berair.

FAKTOR DIJANGKITI

  • Kaki yang berpeluh.
  • Tidak mengeringkan kaki dengan sempurna selepas berenang atau mandi.
  • Memakai kasut dan sarung kaki yang ketat.
  • Tidak memakai selipar memasuki tandas atau bilik air.
  • Iklim yang panas.

CARA RAWATAN TRADISIONAL

rawatan ulat air
Ubi kayu hendaklah diparut

1. Ubi Kayu

  • Kupas kulit ubi kayu dan cuci hingga bersih. Parut ubi kayu dan tampalkan pada tempat yang terkena ulat air. Biarkan sehingga kering dan lakukan cara ini sehari sekali sehingga pulih.

2. Pokok Keladi

  • Ambil kulit batang keladi untuk jadikan pembalut pada kaki yang terkena ulat air tersebut.

3. Bawang Putih

  • Hiris bawang putih kemudian gosokkan pada tempat yang terkena ulat air beberapa kali sehari, atau
  • Tumbuk bawang putih sehingga lumat dan sapukan ke bahagian yang terkena ulat air. Lakukan langkah ini selama beberapa hari sampai sembuh.

4. Daun Sirih

  • Ambil lebih kurang 10 helai daun sirih. Lumatkan atau hiriskan daun sirih. Rebus sehingga air mendidih, tambahkan sesudu garam dan tunggu sehingga air tersebut berbau sirih. Angkat dan masukkan air rebusan ke dalam bekas. Tambahkan air biasa dengan air rebusan daun sirih. Rendamkan kaki selama 10 hingga 15 minit dalam keadaan air masih suam. Lakukan selama tiga hari berturut-turut atau sehingga anda rasa ulat air tadi sembuh.

5. Garam

  • Campurkan air panas (suam) dengan garam. Rendamlah kaki anda yang terkena jangkitan ulat air selama 15-20 minit. Sebenarnya campuran air suam dan garam memang terbukti dapat membunuh kuman dan bakteria.

6. Baking Soda

  • Masukkan baking soda ke dalam air pana. Rendam kaki selama 15-20 minit. Kemudian cuci sehingga bersih kaki anda. Lakukan cara ini secara teratur selama beberapa hari atau sehingga kaki anda sembuh.

7. Minyak Kelapa

  • Sapukan ke kawasan kulit yang terkena ulat air beberapa kali sehari. Lakukan cara ini selama beberapa hari sehingga ulat air sembuh.

PENJAGAAN KAKI JIKA TERKENA ULAT AIR

rawatan kaki gatal

  • Sapukan krim anti kulat pada tempat terkena ulat air sebanyak dua hingga tiga kali sehari untuk tiga minggu. Teruskan lakukan sehingga jangkitan ulat air itu pulih.
  • Basuh kaki anda setiap hari selepas melakukan aktiviti.
  • Keringkan kaki anda dengan sempurna, terutamanya di celah jari kaki anda.
  • Jika anda memakai sandal pastikan yang paling sesuai dalam cuaca panas. Elakkan daripada memakai kasut yang ketat.
  • Pakai sarung kaki yang diperbuat daripada kain kapas dan tukarnya setiap hari atau secara lebih kerap jika ianya menjadi lembap.
  • Jika boleh, berkaki ayam apabila di rumah.
  • Renjiskan serbuk anti kulat ke dalam kasut anda pada waktu siang.

rawatan ulat air

Sila berjumpa doktor jika tiada tanda-tanda ia akan sembuh jika anda sudah berusaha berbagai cara. Pengalaman admin, jika terkena ulat air sangat sukar untuk sembuh jika kita tidak berikhtiar dengan berbagai cara. Setakat krim yang digunakan, ulat air sangat sukar untuk dihapuskan. Seeloknya gunakan kombinasi rawatan tradisional dan rawatan doktor.

Sumber: wom

Hadis Palsu

Awasi Penyebaran Beberapa Hadis Palsu Di Media Sosial

Memutus Sihir dan Santau

Ustaz Ini Kongsikan Cara Untuk Meleraikan Ikatan Sihir & Santau