in ,

Umat Islam Boleh Semak dan Sahkan Arah Kiblat Sendiri Petang Ini

semak arah kiblat

Umat Islam di Malaysia boleh semak arah kiblat dan buat pengesahan sendiri hari ini 16 Julai 2019. Perkara ini perlu dilakukan apabila kedudukan matahari berada tepat di atas Kaabah ekoran fenomena unik yang berlaku dua kali setahun.

Satu kenyataan yang dibuat oleh Planetarium Negara memaklumkan bahawa penentuan arah kiblat boleh dilakukan dengan memerhati bayang-bayang matahari yang dihasilkan oleh objek tegak tepat pada pukul 5.27 petang waktu Malaysia.

semak arah kiblat dan sahkan
Matahari akan berada tepat di atas Kaabah pada 16 Jul 2019 jam 5.27 petang waktu Malaysia

BAGAIMANA CARA MENCARI ARAH KIBLAT?

Untuk semak arah kiblat anda hanya perlu mencari objek tegak seperti dinding bangunan, tiang elektrik dan rangka tingkap yang tegak atau menggantungkan apa-apa objek berat dengan talinya yang menegak akan menghasilkan bayang yang menghala tepat ke arah Kaabah.

BILA FENOMENA INI BERLAKU?

Fenomena sebegini berlaku sebanyak dua kali dalam setahun iaitu pada setiap 28 Mei dan 16 Julai. Walau bagaimanapun bayang-bayang yang terhasil adalah bergantung kepada keadaan cuaca semasa.

FENOMENA GERHANA BULAN

Dalam pada itu, orang ramai juga boleh menyaksikan fenomena gerhana bulan separa yang dijangka berlaku pada hari Rabu, 17 Julai 2019 bermula jam 4.01 pagi dan akan berakhir pada 6.59 pagi waktu Malaysia.

Difahamkan gerhana pada kali ini akan mencapai peringkat maksimum pada jam 5.30 pagi yang mana pada waktu itu hampir separuh permukaan bulan akan dilindungi oleh umbra atau bayang-bayang bumi.

Proses gerhana bulan

DATANG BERAMAI-RAMAI KE PLANETARIUM NEGARA

Planetarium Negara akan dibuka kepada orang awam bermula jam 2 pagi pada Rabu. Pihak Planetarium akan menyediakan beberapa teleskop bagi memudahkan orang ramai menyaksikan fenomena ini.

Manakala sesi pencerapan planet Zuhal dan Musytari juga akan turut diadakan di hadapan pintu masuk utama Planetarium Negara bermula seawal jam 2 pagi.

Baca Juga – Sembahyang dan Syarat-Syaratnya

PENUTUP

Gunakan peluang ini untuk melihat bagaimana anda dapat melihat arah qiblat melalui fenomena yang disebut di atas. Jangan hanya mengikut arah qiblat yang ditanda oleh orang lain. Sekurang-kurangnya kita berjaya menanda arah qiblat menerusi pengalaman kita sendiri. Tarikh dan diberikan bermakna selepas ini kita boleh periksa dan set balik arah kiblat dua kali setahun.

Apa komen anda? Jom kita sama-sama tanda arah qiblat. Sila LIKE dan SHARE jika bermanfaat. Layari facebook dan laman web kami di Suka Viral.

Sumber: Sinar

Written by Admin

Saya lelaki biasa yang ada perlindungan takaful dan insurans. Suka travel seperti orang lain. Pernah naik flight untuk travel seperti Air Asia, Malindo, Malaysia Airlines, Fire Fly, Scoot, Singapore Airlines, Qantas, Thai Airways, British dan sebagainya. Makan juga nasi, KFC, Mc Donalds, Burger Kings. Minat forex tapi tak pandai. Sikit duit dalam simpanan akaun di Maybank, CIMB Bank, Hong Leong Bank dan AmBank. Membeli belah dengan kemudahan AEON Cards.

dosa suami terhadap isteri

10 Dosa Suami Terhadap Isteri

video intim disahkan tulin

Video Intim Tulen – KPN