in

(Video) Musang Ketawa Ini Mampu Buat Anda Ketawa Berdekah-dekah

musang ketawa

Kehidupan sebahagian daripada kita tidak lagi sama seperti sebelumnya setelah beberapa bulan berada di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan kini hidup dengan normal baharu yang perlu dipraktikkan akibat C0VID-19.

Bagi sesetengah orang, apa jua hiburan mungkin mampu menghadirkan rasa gembira dan mengundang gelak ketawa. Ianya pasti dapat mengurangkan atau meminimakan masalah dan gundah-gulana dalam jiwa mereka.

musang ketawa
Suara musang ketawa mirip kanak-kanak

Musang Ketawa Ini Mampu Buat Anda Ketawa

Jika anda masih belum mampu tersenyum setakat ini, mungkin video yang dipaparkan di bawah yang ditonton lebih 9 juta kali ini mampu membantu anda untuk bergembira walau seketika.

Pernah sebelum ini anda melihat musang atau rubah ketawa berguling-guling? Mungkin tidak bukan? Kita kena ucap terima kasih kepada seorang pengguna laman Twitter, mollyfprince (@mollyfprince) yang berkongsikan video ringkas namun pasti mampu membuat anda ketawa berdekah-dekah atau sekurang-kurangnya tersenyuman.

Ciapnnya berbunmyi; “If you’ve never heard a fox laugh, you’re welcome! (Jika anda tidak pernah mendengar musang ketawa, anda dipersilakan)”.

Video perkongsiannya menunjukkan sejenis musang merah. Nama saintifiknya adalah Vulpes vulpes. Spesies ini banyak terdapat di Amerika Utara, Eropah, Asia dan juga Afrika Utara. Mamalia tersebut dikategorikan sebagai omnivor (pemakan tumbuhan dan daging).

Ia pertama kali dikongsi pada Mac lepas melalui sebuah organisasi, Save A Fox yang ditubuhkan untuk membantu musang dengan menyediakan rumah tetap untuk haiwan tersebut. Tiga ekor musang tersebut bernama Finnegan, Dixie dan Vixie.

Video Musang Ketawa

Namalia ini dikategorikan sebagai omnivor (pemakan tumbuhan dan daging). Ia mampu hidup antara dua hingga empat tahun di dalam hutan. Terdapat di seluruh dunia dengan mendiami pelbagai habitat termasuk hutan, padang rumput, gunung dan padang pasir.

Ia mampu menyesuaikan diri dengan manusia dengan hidup di ladang, kawasan pinggir bandar malah di kawasan yang mempunyai komuniti yang besar. Video tersebut sudah ditonton lebih sembilan juta kali.

Sumber: Awani

Artikel Lain: Mudahnya Benterαs Lipas Dalam Kereta Dengan 3 Bahan Sahaja

Written by Admin

Saya orang biasa yang ada perlindungan takaful dan insurans. Suka travel seperti orang lain. Pernah naik flight untuk travel seperti Air Asia, Malindo, Malaysia Airlines dan Fire Fly. Nak cuba juga naik Scoot, Singapore Airlines, Qantas, Thai Airways, British dan sebagainya namun belum ada rezeki. Selain nasi sebagai makanan utama suka juga makan KFC, Mc Donalds dan sesekali Burger Kings. Minat bermain forex tapi tak pandai. Mempunyai akaun simpanan seperti Maybank, CIMB Bank, Hong Leong Bank dan AmBank tetapi duit belum tentu ada. Membeli belah dengan kemudahan kad debit. Tak pernah cuba kad kredit atau lain-lain kad.

1000 jemaah

Hanya Sekitar 1000 Jemaah Haji Dibenarkan Pada Tahun Ini

Roti Canai Ular

Roti Canai Ular Mula Dapat Sambutan