in ,

Wabak Selesema Burung H5N1 Melanda Wilayah Selatan Hunan di China

SELESEMA BURUNG

BEIJING: China melaporkan kejadian selesema burung H5N1 yang sangat patogen di sebuah ladang di Shaoyang, wilayah selatan Hunan, kata Kementerian Pertanian dan Hal Ehwal Luar Negeri pada hari Sabtu (1 Feb 2020).

Kes ini berlaku di ladang yang membela sekitar 7,850 ekor ayam dimana 4,500 ekor daripadanya mati akibat selesema burung.

AKIBAT WABAK SELESEMA BURUNG

wabak h5n1
Disafamkan pihak berkuasa China telah mengambil langkah yang sewajarnya bagi menangani wabak ini.

Berikutan wabak itu, pihak berkuasa China telah memusnahkan 17,828 ayam. Bukan China sahaja yang berusaha untuk meredakan penyebaran virus ini.

Terdahulu sebelum ini, pihak berkuasa di India mula memusnahkan ayam dan telur yang dikaitkan dengan virus selesema burung.

Difahamkan dalam kes lain, virus H5N8 telah tersebar di seluruh Eropah timur dalam beberapa minggu kebelakangan ini.

wabak selsema burung landa china
Wabak ini tidak mudah berjangkit kepada manusia

Terdahulu, wabak selesema burung di China yang berlaku pada tahun 2013 telah menyebabkan kerugian ekonomi USD 6.5 bilion, menurut pakar PBB.

Menurut WHO, wabak H5N1 boleh disebarkan kepada manusia, biasanya melalui kontak dengan burung mati atau persekitaran yang tercemar namun ia jarang berlaku.

“Virus ini tidak mudah untuk menjangkiti manusia dan penyebaran dari manusia ke manusia lain tidak biasa,” kata WHO.

“Tidak ada bukti bahawa penyakit ini dapat disebarkan kepada manusia melalui makanan yang dimasak dengan baik, bersih dan teliti.

Wabak terbaru ini datang dikala China sedang bergelut dengan penularan koronavirus baru dari bandar Wuhan di Hubei yang telah merebak di seluruh dunia.

Sebelum ini, Pertubuhan Kesihatan Sedunia telah mengisytiharkan kecemasan kesihatan global, tetapi berkata ia tidak mengesyorkan sebarang sekatan perdagangan atau perjalanan antarabangsa.

Sejak mengisytiharkan kecemasan kesihatan global, kes telah berlaku di lebih daripada 20 buah negara.

Banyak negara berusaha untuk memindahkan rakyat mereka dari Wuhan, dengan ratusan warga AS, Jepun, British, Perancis dan Korea Selatan telah dipindahkan setakat ini. Dijangka lebih banyak negara akan berbuat demikian.

Baca Juga – China Larang Pesawat TUDM Sertai Operasi Bawa Keluar Rakyat Malaysia Dari Wuhan

Sumber: CNA / Business Insider

Written by Admin

Saya lelaki biasa yang ada perlindungan takaful dan insurans. Suka travel seperti orang lain. Pernah naik flight untuk travel seperti Air Asia, Malindo, Malaysia Airlines, Fire Fly, Scoot, Singapore Airlines, Qantas, Thai Airways, British dan sebagainya. Makan juga nasi, KFC, Mc Donalds, Burger Kings. Minat forex tapi tak pandai. Sikit duit dalam simpanan akaun di Maybank, CIMB Bank, Hong Leong Bank dan AmBank. Membeli belah dengan kemudahan AEON Cards.

Pesawat TUDM

China Larang Pesawat TUDM Sertai Operasi Bawa Keluar Rakyat Malaysia Dari Wuhan

doa dihindari penyakit berbahaya

Koronavirus Sangat Bahaya. Jom Amalkan Doa Hindari Penyakit Berbahaya Yang Diajar Oleh Nabi SAW