in

Wahai Suami, Sedarlah Wang Kamu Ada Hak Untuk Isterimu Tetapi Wang Isterimu Bukan Milikmu

wahai suami

Dalam hidup berumahtangga, suami berkewajipan untuk memenuhi nafkah untuk anak dan isterinya. Oleh itu wahai suami, sudah menjadi lumrah suami akan keluar bekerja untuk mencari nafkah. Bilangannya lebih banyak jika dibandingkan dengan kaum wanita. Kaum wanita juga ada yang bekerja untuk mengurangkan beban suami.

Wahai suami, tahukah anda bahawa pasangan suami isteri itu saling bantu membantu memenuhi keperluan keluarga. Biasanya suami akan mencari dan memberi nafkah, manakala isteri akan mengatur kewangan keluarga.

wang suami
Suami perlu mencari nafkah untuk keluarganya

Wahai suami, sedarlah kadangkala nafkah yang diberikan oleh anda tidak mencukupi untuk memenuhi keperluan seharian sehingga akhirnya isteri juga turut bekerja untuk membantu kamu. Apabila bekerja, secara tidak langsung isteri memiliki pendapatan atau hasilnya sendiri.

Wahai Suami, Sedarlah Wang Kamu Ada Hak Untuk Isterimu

Wahai suami! Tahukah kamu apakah hukum menggunakan hasil isteri? Boleh atau tidak seorang suami untuk mengambil hasil milik isterinya? Atau wajibkah isteri memberi sebagian pendapatannya untuk memenuhi keperluan rumahtangga? Sila baca ulasan seterusnya wahai suami.

Berdasarkan pendapat sesetengah ulama, mereka berpendapat bahawa pendapatan suami juga menjadi hak untuk isterinya. Namun ianya tidak sama dengan pendapatan isteri dari pekerjaan yang dilakukannya. Suami tidak ada hak ke atas pendapatan isterinya.

wang suami ada hak isteri
Ada isteri yang membantu suaminya dengan mencari pendapatan sampingan

Namun boleh saja digunakan jika isteri dengan ikhlas memberikan hasilnya untuk membantu atau meringankan beban keluarga. Jika seseorang suami itu memakan harta milik isterinya tanpa kebenaran, ia tetap berdosa. Seperti firman Allah SWT dalam Surah An-Nisa: 83

“Janganlah kamu makan harta orang lain di antara kamu dengan cara yang batil”

Apabila ditanya kepada Shaykh ‘Abdullah bin’ Abdur Rahman al-Jibrin mengenai hukum suami yang mengambil wang dari isterinya untuk dicampurkan dengan wangnya.

Jadi Shaykh al-Jibrin mengatakan bahawa tidak ada keraguan bahawa isteri mempunyai lebih banyak hak mas kahwin dan aset yang dia miliki, baik melalui pekerjaan yang dia lakukan, warisan, geran dan aset yang dia miliki.

Ada isteri yang bekerja mempunyai pendapatan melebihi suaminya

Jadi itulah hartanya dan miliknya. Sehingga dia adalah orang yang berhak melakukan apa-apa dengan hartanya, tidak ada campur tangan dari pihak lain.

Seorang wanita mempunyai hak untuk menghabiskan kekayaannya untuk keperluannya atau untuk menunaikan zakat, tanpa perlu meminta izin dari suaminya. Antara dalilnya ialah hadis daripada Jabir, ketika Rasulullah SAW berceramah dihadapan jemaah wanita, baginda berkata:

“Wahai kaum wanita, perbanyaklah sedekah, sebab aku lihat kalian adalah sebagian besar penghuni neraka.” Hingga, beberapa orang wanita itupun berlumba-lumba sedekahkan barang perhiasan mereka serta mereka melemparkannya ke baju Bilal (HR. Muslim)

Wang isteri adalah hak milik isteri

Sehingga, jika seseorang isteri itu mahu memberikan sedekah, maka orang yang paling berhak untuk menerima sedekahnya adalah suaminya sendiri. Sepertimana yang dijelaskan dalam satu hadis dari Abu Sa’id RA.

“Dari Abu Sa’id Al Khudri RA berkata,” Zainab, isteri Ibnu Mas’ud datang meminta izin untuk bertemu Rasulullah. Dia bertanya, “Zainab yang mana?”.

Lalu ada yang menjawab, “Isterinya kepada Ibnus Mas’ud.” Lalu Rasulullah SAW mengizinkannya.

Jadi zainab juga berkata, “Wahai Nabi Allah, hari ini engkau memerintahkan untuk bersedekah. Sedang saya mempunyai perhiasan serta menginginkan bersedekah. Tetapi, Ibnu Mas’ud menyampaikan kalau dianya serta anaknya lebih memiliki hak terima sedekahku.”

Lalu Rasulullah SAW bersabda, “Ibnu Mas’ud berkata benar. Suami serta anakmu lebih berhak menerima sedekahmu.” (HR. Imam Bukhari)

wang suami ada hak pada isteri
Suami yang berpendapatan lebih banyak boleh membantu keluarga atas kerelaannya

Baca Juga – 10 Dosa suami Terhadap Isteri

Malah, dalam hadith lain dijelaskan bahawa Rasulullah SAW berkata, “Ya, dia memperolehi dua pahala iaitu ganjaran mengeratkan kekeluargaan dan ganjaran sedekah.

Shaykh Abdul Qadir bin Syaibah al Hamd berkata pengajaran yang boleh diambil dari hadis di atas adalah:

Seseorang wanita itu dibolehkan untuk bersedekah kepada suaminya yang miskin.
Suami adalah orang yang paling penting untuk terima sedekah dari isterinya jika dibandingkan dengan orang lain.

Isteri juga dibolehkan untuk bersedekah kepada anak-anaknya serta kaum kerabatnya yang tidak menjadi tanggungannya. Sedekah isteri yang sedemikian adalah bentuk sedekah yang paling penting.

Kata-kata “wang suami adalah wang isterinya, manakala wang isteri adalah wang isterinya” bukan sekadar omongan kosong kerana semuanya telah dijelaskan dalam Islam.

Mudah-mudahan para suami berlaku adil ke atas pendapatan isteri masing-masing. Wahai suami jangan mengambil harta isteri sewenang-wenangnya tanpa kebenaran isteri. Isteri pula seharusnya menjadi seseorang isteri yang bijak jika mempunyai harta atau pendapatan melebihi suaminya.

Semoga bermanfaat untuk kita semua. Wallahu a’lam

Sumber: Bagikandakwah

Written by Admin

Saya lelaki biasa yang ada perlindungan takaful dan insurans. Suka travel seperti orang lain. Pernah naik flight untuk travel seperti Air Asia, Malindo, Malaysia Airlines, Fire Fly, Scoot, Singapore Airlines, Qantas, Thai Airways, British dan sebagainya. Makan juga nasi, KFC, Mc Donalds, Burger Kings. Minat forex tapi tak pandai. Sikit duit dalam simpanan akaun di Maybank, CIMB Bank, Hong Leong Bank dan AmBank. Membeli belah dengan kemudahan AEON Cards.

Resepi Tepung Talam Gula Merah

Resepi Tepung Talam Gula Merah Sukatan Cawan

Bacalah doa elak santau dan sihir

Bacalah Doa Elak Santau Sebelum Jamah Makanan Yang Diberi Seseorang Atau Ketika Makan Di Restoren