Waktu Berbuka Puasa dan Imsak Tahun 2018 / 1439H (JAKIM)

السلام ورحمة الله وبركاته    

Sempena menyambut kedatangan Ramadhan pada tahun 2018 bersamaan Tahun 1439H, kami menyediakan jadual waktu untuk berbuka puasa dan imsak bagi negeri-negeri di Malaysia.

Untuk Ramadhan 1439H ini, JAKIM telah mengeluarkan jadual waktu untuk berbuka puasa dan imsak bagi tahu 1439H bertepatan dengan pengisytiharan Penyimpan Besar Mohor Raja-Raja Melayu, yang telah dipecahkan mengikut negeri-negeri dan zon-zon bagi memudahkan umat islam di negara ini membuat rujukan.

Dimana jua anda berada nanti, anda bolehlah merujuk kepada blog kami bagi memudahkan anda mengenalpasti waktu berbuka dan imsak.

JADUAL WAKTU BERBUKA PUASA DAN IMSAK BAGI TAHUN 1439H / 2018M

Sila klik pada pautan di bawah untuk melihat jadual waktu berbuka puasamengikut negeri. Anda boleh juga memuat turun dan mencetak jadual tersebut secara percuma.

Nota: Sila tekan pada bendera negeri untuk mengakses jadual. Jika anda menggunakan telefon pintar dan tidak responsif, sila scroll ke kiri  atau ke kanan dengan menyentuh gambar mana-mana bendera.

NIAT PUASA – SEHARI

نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ أَنْ أَدَاءِ فَرْضِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى

Dalam Rumi: “Nawaitu Souma Ghadin ‘An-adaa i, Fardhi Ramadhaana Haazihissanati Lillahi Ta’ala”

Maksudnya: “Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala”.

NIAT PUASA SEBULAN

نَوَيْتُ صَوْمَ شَهْرِ رَمَضَانَ كِلِّهِ لِلَّهِ تَعَالَى

Dalam Rumi: “Nawaitu Souma Syahri Ramadhaana Kullihi Lillahi Ta’ala”

Maksudnya: “Sahaja aku berpuasa keseluruhan (sebulan) pada bulan Ramadhan kerana Allah Ta’ala”.

DOA BERBUKA PUASA 1

اَللّهُمَّ لَكَ صُمْتُ وَبِكَ آمَنْتُ وَعَلَى رِزْقِكَ أَفْطَرْتُ بِرَحْمَتِكَ يَا اَرْحَمَ الرَّحِمِيْنَ

Dalam Rumi: “Allahumma Lakasumtu Wabika Aamantu Wa’alaa Rizqika Afthartu Birohmatika Yaa Arhamar Raahimiin”.

Maksudnya: “Ya Allah, keranaMu aku berpuasa, denganMu aku beriman, kepadaMu aku berserah dan dengan rezekiMu aku berbuka (puasa), dengan rahmat MU, Ya Allah Tuhan Maha Pengasih”.

DOA BERBUKA PUASA 2

اللَّهُمَّ لَكَ صُمْتُ وَعَلى رِزْقِكَ أفْطَرْتُ ذَهَبَ الظَّمأُ وابْتَلَّتِ العُرُوقُ وَثَبَتَ الأجْرُ إِنْ شاءَ اللَّهُ تَعالى

Dalam Rumi: “Allahumma Lakasumtu Wa‘ala Rizqika Afthartu Dzahaba-dh-dhama’u Wabtalatil ‘Uruqu Wasabatal Ajru Insya-allah ta‘ala”.

Maksudnya:  “Duhai Allah, untukMu lah aku berpuasa, atas rezekiMu lah aku berbuka. Telah sirna rasa dahaga, urat-urat telah basah, dan (semoga) pahala telah ditetapkan, insyaaallah”.