in ,

Waktu Fisiologi Tubuh Berfungsi – Apakah Tindakan Anda Yang Sebetulnya?

Waktu Fisiologi Tubuh Berfungi

Tidak dinafikan bahawa kita semua sebenarnya tidak mengetahui apa yang harus kita lakukan pada waktu-waktu yang sepatutnya. Berikut disenaraikan tindakan yang patut kita buat berpandukan waktu yang diberikan:

5.00 – 7.00 pagi
Inilah waktu di mana usus besar bekerja. Pada waktu ini kita hendaklah mendisiplinkan diri kita untuk membuang air besar. Jika tidak berbuat demikian dikhuatiri penyakit akan berkumpul.

Disiplinkan diri sehingga menjadi rutin

7.00 – 9.00 pagi
Waktu ini pula kita hendaklah mewajibkan diri kita untuk menikmati sarapan pagi. Jika tidak mengambil sarapan, metabolisma badan akan turun mendadak. Sebab itulah jika kita bersarapan lewat iaitu selepas pukul 9.00 pagi, berat badan kita boleh naik secara mendadak walaupun kita berniat diet dan hanya makan sekali sahaja sehari.

Sarapan pagi jangan terlalu berat dan berminyak.

9.00 – 11.00 pagi
Organ limpa kita sedang bekerja. Kita hendaklah mengelakkan diri kita daripada mengambil apa jua makanan pada waktu ini.

Waktu bekerja cuba hindarkan mengambil makanan.

11.00 pagi – 1.00 petang
Jantung kita bekerja secara optimum pada waktu ini. Cuba elakkan daripada melakukan kerja berat. Sebaiknya anda berehat dan tidur seketika. Kes serangan jantung kerap berlaku pada waktu ini.

Tubuh kita perlu berehat seketika

1.00 – 3.00 petang
Usus kecil kita sedang bekerja pada waktu ini. Sebaiknya pada waktu ini kita telahpun membuang air besar untuk kali kedua pada hari ini.

3.00 – 5.00 petang
Ini adalah waktu untuk Pundi kencing pula bekerja. Sebaiknya buanglah air kecil pada waktu ini.

Buang air besar kali kedua dan buang air kecil diwaktu petang

5.00 – 7.00 petang
Pada waktu ini ginjal kita bekerja secara optimum. Elakkan badan anda dari dehidrasi. Banyakkan minum air putih.

Banyakkan minum air putih

7.00 – 9.00 malam
Ini adalah waktu Perikardium bekerja. Cuba elakkan daripada mengambil makanan yang berat.

9.00 – 11.00 malam
Inilah Waktu terbaik untuk anda berehat dan tidur.

11.00 malam – 1.00 pagi
Hempedu ana bekerja pada waktu ini. Waktu ini juga anda sebaiknya mengelakkan diri anda dari mengambil makanan kerana berat badan anda akan naik mendadak.

Diwaktu malam, jangan mengambil makanan berat

1.00 – 3.00 pagi
Pada waktu ini semua manusia berehat dan tidur. Hati mengambil giliran untuk bekerja bagi menyingkirkan toksik. Elakkan daripada berjaga. Jika anda sering berjaga pada waktu ini, dikhuatiri terdedah kepada penyakit kanser. Waktu ini adalah waktu terbaik untuk tidur.

Tidur sebaiknya diwaktu malam ini

3.00 – 5.00 pagi
Paru-paru anda bekerja. Bagi mereka yang mengidap asma, seeloknya amalkan bangun pada waktu ini. Paru-paru menyerap oksigen dalam kuantiti yang sangat tinggi. Ibadah solat sangat digalakkan pada waktu ini.

Bangun awal dan beribadah

Semoga anda mampu mendisiplinkan diri anda. Semoga bermanfaat.

Sumber: mariafirdz

Penyewa Tinggalkan Bil Elektrik Yang Tinggi

Cara Elak Penyewa Keluar Rumah Sewa Meninggalkan Bil Elektrik Yang Tinggi

18 Perkara Untuk Gembirakan Ibu Bapa