in ,

Wanita Acu Pedang Samurai Dipanggil Polis

Polis telah memanggil dua keluarga yang bergaduh di sebuah kawasan perumahan di Paka, semalam, selepas insiden itu menjadi tular di laman sosial sejak dua hari lalu.

Ketua Polis Daerah Dungun Superintendan Baharudin Abdullah berkata, seorang ahli keluarga terbabit telah menyerahkan sebilah pedang samurai di Balai Polis Paka, kira-kira jam 4 petang tadi.

Polis panggil wanita acu pedang samurai

Menurut beliau, pedang samurai itulah yang digunakan dalam insiden pergaduhan terbabit.

“Kertas siasatan telah dibuka dan mereka yang terbabit boleh dikenakan tindakan. Jika sabit kesalahan, suspek boleh dikenakan hukuman mengikut Seksyen 7 Akta Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berjadual,” katanya.

Video berdurasi 1.34 minit yang memaparkan pergaduhan antara dua keluarga termasuk ugutan menggunakan senjata dipercayai pedang samurai tular di media sosial sejak dua hari lalu. Mereka adalah dua keluarga yang berjiran jika dilihat di dalam video tersebut.

Dalam insiden itu didapati berlaku pertengkaran di antara dua keluarga yang dipercayai berpunca daripada pergaduhan anak-anak hingga membawa kepada campur tangan ibu bapa.

Video itu trlah dimuat naik oleh seorang pengguna laman sosial dan kemudiannya dikongsi sehingga mendapat reaksi negatif netizen yang menganggap perkara sedemikian amat memalukan.

VIDEO KEJADIAN

Bukan calang-calang wanita ni sampai gamak simpan pedang samurai kat rumah 😅😅 #TTV

Posted by Taiko Tai on Saturday, 10 February 2018

Sumber: Terengganutimes

Wong Fei Hung Islam

Lagenda Kungfu China, Wong Fei Hung Adalah Seorang Muslim

Cara Mudah Untuk Dapat Pahala

6 Cara Mudah Untuk Mendapat Pahala Sebagai Bekalan Semasa Hidup Atau Setelah Mati