in , ,

Wanita Bergelut Menyara 38 Anak Dari 15 Kehamilan Selepas Ditinggalkan Suami – Dasar Lelaki

Wanita Menyara 38 Anak Selepas Ditinggalkan Suami
Photo: abc.net.au

 

Mariam Nabatanzi yang kini berusia 39 tahun mempunyai tiga set kembar empat, empat set kembar tiga dan enam set kembar dua.

Selepas kembar pertama beliau dilahirkan, Mariam Nabatanzi pergi berjumpa doktor dan diberitahu bahawa beliau mempunyai ovari yang luar biasa. Beliau dinasihatkan oleh doktor bahawa pengambilan sebarang pil menncegah kehamilan mungkin menyebabkan masalah kesihatan.

Mariam Nabatanzi
Nabatanzi bersama sebahagian daripada anak-anaknya

Kehidupannya kini berubah apabila suaminya meninggalkan Nabatanzi sejak tiga tahun lalu. Kini wanita itu bertungkus-lumus menjaga kesemua 38 orang anaknya yang masih hidup.

Artikel Berkaitan: Ibu Tunggal Bersama 3 Orang Anak Terpaksa Tinggal Dalam Reban Ayam

Beliau tinggal bersama anak-anaknya di rumah yang sempit yang dibuat dari blok simen dan dihiasi dengan atap zink di sebuah kampung yang dikelilingi oleh ladang kopi seluas 50 kilometer utara Kampala.

Nabatanzi
Sebahagian anak-anaknya yang masih kecil

Menurut Bank Dunia, Benua Afrika merekodkan saiz keluarga yang terbesar di dunia. Di Uganda, kadar kesuburan purata 5.6 kanak-kanak per wanita, salah satu daripada benua tertinggi, dan lebih daripada dua kali ganda purata global 2.4 kanak-kanak.

Namun saiz keluarga Nabatanzi menjadikannya agak luar biasa walaupun catatannya masih jauh dari Rekod Dunia Guinness yang dipegang oleh seorang petani di Rusia sekitar tahun 1700-an yang dilaporkan mempunyai sebanyak 16 pasangan kembar iaitu tujuh set kembar 3 dan empat set kembar 4 dengan seramai 69 anak daripada 27 kehamilan.

uganda mother of 38
Nabatanzi ketika menyediakan makanan untuk anak-anaknya

Kali terakhir beliau hamil adalah dua setengah tahun yang lalu dimana kandungannya itu mempunyai komplikasi. Ketika itu beliau hamil kembar enam. Anak keenamnya dalam kehamilan itu meninggal.

Akhirnya suami yang diharap-harapkan meninggalkannya bersama anak-anak.

“Saya bangun dengan air mata, suami saya telah meninggalkan saya melalui banyak penderitaan,” katanya semasa temuramah di rumahnya.

Nabatanzi Story, Kisah ibu 38 anak
Mariam Nabatanzi ketika ditemuramah

Rekod menunjukkan Nabatanzi berkahwin ketika berusia 12 tahun dengan suaminya yang ketika itu berusia 40 tahun.

Bagi menyara kehidupan keluarganya, Puan Nabatanzi melakukan segala-galanya seperti mendandan rambut, menghiasi majlis-majlis, mengumpul dan menjual besi bahan lusuh, membuat bir tempatan dan menjual ubat herba.

Wang yang diperolehinya dihabiskan untuk membeli makanan, pakaian, yuran sekolah, rawatan serta perubatan.

ramai anak
Tempat tidur anak-anaknya

Artikel Lain: Lelaki Yang Perlu Dielak Daripada Dijadikan Suami

Pada dinding dalam satu bilik di rumahnya, dia menggantung gambar dari beberapa anaknya yang berjaya menamatkan alam persekolahan dengan kalungan tinsel emas di sekeliling leher mereka.

“Ibu terharu, kami membantu apa saja yang mampu seperti memasak dan mencuci. Namun kami masih membebani keluarga. Saya merasai untuknya,” kata anak sulungnya Ivan Kibuka, 23, yang terpaksa berhenti sekolah kerana ketiadaan wang.

Sumber: abc.net.au

Written by Admin Suka Viral

Saya lelaki biasa yang ada perlindungan takaful dan insurans. Suka travel seperti orang lain. Pernah naik flight untuk travel seperti Air Asia, Malindo, Malaysia Airlines, Fire Fly, Scoot, Singapore Airlines, Qantas, Thai Airways, British dan sebagainya. Makan juga nasi, KFC, Mc Donalds, Burger Kings. Minat forex tapi tak pandai. Sikit duit dalam simpanan akaun di Maybank, CIMB Bank, Hong Leong Bank dan AmBank. Membeli belah dengan kemudahan AEON Cards.

Askar Tertipu

RM60K Lesap Ditipu Bakal Isteri Dari Facebook Untuk Majlis Kahwin Yang Tidak Wujud

Dipecat kerana tidak balas mesej

Dipecat Kerana Tidak Balas Mesej Selepas Waktu Kerja