Amanda Teague

Wanita Berputus Asa Mencari Pasangan Sesuai Akhirnya Mengahwini ‘Hantu’ Lanun

Setiap manusia mempunya cara mereka sendiri untuk meneruskan sisa-sisa kehidupan mereka. Setelah puas menempuhi hidup seperti manusia lain, akhirnya mereka mencari kelainan.

Inilah kisah seorang wanita dari Ireland yang berkahwin dengan HANTU. Sejauh mana kebenarannya jom sama-sama baca hingga habis.

Wanita mengahwini hantu lanun bernama Jack Teague
Amanda telah berkahwin dengan hantu lanun bergelar Jack Teague dari abad ke-18. © Sinar

Amanda Teague, wanita dari Downpatrick, Ireland Utara telah berkahwin dengan hantu berusia 300 tahun. Perkara ini terjadi setelah dia berputus asa bagi mendapatkan lelaki sempurna untuk menjadi pasangannya.

Wanita berusia 45 tahun itu mendakwa telah menemui cintanya iaitu hantu lanun Haiti bernama Jack Teague dari abad ke-18 yang kini difahamkan telah sah menjadi suaminya.

‘I MARRIED A GHOST PIRATE’
Amanda memotong kek perkahwinan dihadapan poster Jack Sparrow. © Newsweek

Menurut Amanda, hubungan mereka bermula pada tahun2014 ketika dia sedang berbaring dan ketika itu dia merasa seperti ada satu ‘tenaga’ di sisinya.

Sejak kejadian itu, roh Jack Teague sering menemaninya samada ketika menonton televisyen dan memandu kereta. Ketika itu mereka telah mula mengenali antara satu sama lain.

Amanda mendakwa dia dapat merasa satu perasaan yang kuat terhadapnya Jack. Dia mengakui bahawa mereka menjadi sangat rapat dan lama kelamaan beliau mula menyukainya.

Amanda akhirnya mengikat tali percintaan dengan roh tersebut selepas berjaya mendapatkan pendaftar perkahwinan dan berkahwin di tengah-tengah perairan antarabangsa.

Amanda dan Jack berkahwin di tengah perairan antarabangsa
Bot yang membawa kru perkahwinan bersama bendera Jack Teague. © Newsweek

Wanita ini sering menjadi penghibur pengajuk watak Kapten Jack Sparrow dalam filem Pirates of the Caribbean. Beliau turut menggunakan medium spiritual di majlis perkahwinan mereka untuk membolehkan Jack melafazkan ‘I do’.

Amanda bersama Poster Jack Sparrow
Amanda Teague memakai gaun renda putih ketika dia berkata “I DO” di Lautan Pasifik pada 23 Julai 2016. © Newsweek

Amanda memberitahu bahawa dia sangat gembira. Bagi Amanda, Jack adalah teman sejiwanya dan ia merupakan sebuah hubungan yang sangat sempurna. Ramai tidak tahu tentang hubungan spiritual ini dan ia mungkin pasangan sesuai untuknya.

Sumber: Sinar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *