in , ,

Wanita Cedera, Anak 3 Tahun Patah Bahu Ketika Cuba Kejar Peragut

cedera ketika kejar peragut

Kisah Semalam – Seorang wanita dan anaknya cedera selepas motosikal yang ditungganginya terbalik. Difahamkan wanita terbabit cuba mengejar seorang peragut yang meragut beg tangannya.

Kejadian berlaku sekitar jam 8.40 pagi ketika wanita yang berusia 49 tahun dan anak kecilnya berusia 3 tahun pulan dari sebuah klinik Kesihatan di Chemor, Perak.

Ketika sedang membelok di lampu isyarat, tiba-tiba seorang lelaki yang menunggang motosikal Yamaha Lagenda berwarna merah mengambil beg tangannya yang diletakkan di dalam bakul motosikalnya. Kemudian lelaki itu terus memecut.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Mohd Ali Tamby memberitahu media, mangsa yang berang dengan tindakan suspek terus bertindak mengejar lelaki tersebut sebelum terjatuh ketika melalui jalan berpasir.

Mangsa dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) selepas mengalami luka di lutut, kaki dan juga siku. Anaknya yang berusia tiga tahun patah bahu serta luka di kepala.

Keadaan mangsa sejurus selepas kemalangan

“Mangsa hanya perasan motosikal dinaiki suspek iaitu Yamaha Lagenda berwarna merah dan tidak mengingati nombor pendaftarannya serta mengecam wajah suspek kerana situasi ketika itu cemas termasuk suspek memakai topi keledar,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Mohd Ali berkata, mangsa kehilangan barangan peribadinya yang berada di dalam beg tangannya iaitu kad pengenalan, kad bank serta wang tunai dua ratus ringgit (RM200).

Pihak polis sedang menjalankan siasatan lanjut mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan. Polis juga sedang menjalankan pemantauan untuk mendapatkan maklumat suspek yang melakukan jenayah tersebut.

Menurutnya lagi, siasatan mendapati lokasi berkenaan tiada kamera litar tertutup (CCTV) dan tiada saksi yang melihat kejadian itu.

Namun jika ada sesiapa yang melihat kejadian tersebut, sila hubungi Balai Polis yang berdekatan.

Sumber: Harian Metro

Written by Admin Suka Viral

Saya lelaki biasa yang ada perlindungan takaful dan insurans. Suka travel seperti orang lain. Pernah naik flight untuk travel seperti Air Asia, Malindo, Malaysia Airlines, Fire Fly, Scoot, Singapore Airlines, Qantas, Thai Airways, British dan sebagainya. Makan juga nasi, KFC, Mc Donalds, Burger Kings. Minat forex tapi tak pandai. Sikit duit dalam simpanan akaun di Maybank, CIMB Bank, Hong Leong Bank dan AmBank. Membeli belah dengan kemudahan AEON Cards.

Kesan zikir pada otak manusia

Kesan Zikir Pada Otak Manusia

dua kemalangan dalam sehari

Lelaki Ini Hadapi Dua Kemalangan Dalam Sehari – Semoga Beliau Bertabah