in ,

Dipecat Kerana Tidak Balas Mesej Selepas Waktu Kerja

Dipecat kerana tidak balas mesej

Kadang-kadang selepas tiba di rumah dari tempat kerja boss telefon sebab ada kerja perlu dibuat. Atau ada benda yang boss nak. Jadi bos masih lagi menghubungi anda untuk membuat atau menyiapkan kerja penting itu segera. Silap hari bulan kalau anda tak datang, boss anda akan buang anda daripada kerja. Bermakna anda dipecat kerana tidak balas mesej.

Kejadian ini berlaku kepada seorang wanita di Ningbo, Zhejiang, China. Wanita yang dikenali sebagai Wang merupakan seorang pengurus kedai minuman dipecat tidak balas mesej majikannya. Pvkul 10.30 malam, bosnya telah menghantar mesej kepadanya meminta wanita itu menghantar penyata kewangan secepat mungkin. Lebih teruk, bosnya memberi amaran jika dia tidak membalas mesejnya dalam masa 10 minit, dia akan dibuang kerja.

mesej
Gambar Hiasan

Pada waktu itu Wang sudahpun tidur, jadi dia tidak membalas mesej daripada bosnya mengikut masa yang ditetapkan. Apa yang lebih mengejutkan, bosnya bertindak membuat pengumuman di dalam group chat syarikat bahawa wanita itu telah dibuang kerja.

Apabila bangun keesokan harinya, Wang terbaca mesej tersebut namun dia menganggap ianya mungkin hanya gurauan daripada bosnya dan pergi ke pejabat seperti biasa. Ternyata dia benar-benar telah dipecat atas alasan tidak munasabah itu.

Susulan dari pemecatannya yang tidak masuk akal itu, Wang telah mendapatkan bantuan guaman dan mendapati syarikat tersebut telah melanggar beberapa peraturan yang ditetapkan dalam undang-undang buruh di China.

dipecat tidak balas mesej
Sesetengah majikan menjadikan aplikasi whatsapp sebagai medium resmi syarikat. Oleh itu setiap mesej hendaklah diberi respon.

Undang-undang telah memperuntukkan bahawa selepas waktu bekerja, pekerja tidak perlu membalas sebarang mesej dan jika syarikat memberikan tugasan selepas waktu kerja ia dianggap sebagai kerja lebih masa (OT) dan perlu diberikan bayaran.

Akhirnya Wang menang kes tersebut dan diberi pampasan sebanyak RM11,000 daripada bekas syarikatnya.

Di Malaysia bagaimana? Anda kena cari adakah majikan boleh menghantar mesej kepada anda selepas waktu bekerja.

Jangan lupa untuk ikuti kami di Facebook sukaviral

Sumber: Vitdaily

Written by Admin

Saya orang biasa yang ada perlindungan takaful dan insurans. Suka travel seperti orang lain. Pernah naik flight untuk travel seperti Air Asia, Malindo, Malaysia Airlines dan Fire Fly. Nak cuba juga naik Scoot, Singapore Airlines, Qantas, Thai Airways, British dan sebagainya namun belum ada rezeki. Selain nasi sebagai makanan utama suka juga makan KFC, Mc Donalds dan sesekali Burger Kings. Minat bermain forex tapi tak pandai. Mempunyai akaun simpanan seperti Maybank, CIMB Bank, Hong Leong Bank dan AmBank tetapi duit belum tentu ada. Membeli belah dengan kemudahan kad debit. Tak pernah cuba kad kredit atau lain-lain kad.

Wanita Menyara 38 Anak Selepas Ditinggalkan Suami

Wanita Bergelut Menyara 38 Anak Dari 15 Kehamilan

Bahasa Yang Merosakkan Jiwa Anak

10 Bahasa Yang Boleh Merosakkan Jiwa Anak Anda