Wanita Dirogol Rakan Suami Sendiri Selepas Sambut Harijadi

Seorang wanita telah menjadi mangsa rogol kepada rakan suaminya sendiri lapor Harian Metro.

Kejadian rogol itu dikatakan berlaku selepas menyambut harijadi di sebuah pusat hiburan di Kuala Lumpur.

Kegagalan suaminya menghantar mangsa ke tempat kerja menyebabkan wanita berusia 42 tahun itu dijadikan sasaran rakan suaminya.

Episod malang itu berlaku apabila mangsa terpaksa meminta bantuan rakan suaminya supaya menghantar beliau ke tempat kerja setelah suaminya gagal dikejutkan kira-kira jam 5 pagi.

Suspek tidak menghantar mangsa ke tempat kerja sebaliknya membawanya ke sebuah hotel di Jalan Klang Lama.

Mangsa mendakwa dirogol di bilik hotel berkenaan ketika dalam keadaan separuh sedar akibat kesan pil tidur.

Mangsa kemudiannya menceritakan kejadian tersebut kepada suaminya sebelum membuat laporan di Balai Polis Dang Wangi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *