in

Wanita Ini Berkongsi Bagaimana Cara Beliau Menyimpan Lauk Untuk Sebulan Sejak Mula Berkahwin 14 Tahun Dahulu

CARA SIMPAN LAUK SEBULAN

Tertarik juga saya dengan perkongsian Puan Naeamah Balqis mengenai caranya menyimpan lauk dan sayur-sayuran untuk sebulan. Katanya dia sudah mempraktikkan cara sebegini selama 14 tahun iaitu sejak beliau baru bergelar isteri sehinggalah sekarang.

Susunan lauk-lauk di dalam freezer

Dalam perkongsian ini beliau menceritakan tentang bekalan lauk pauk dan sayuran disimpan bagi jangkamasa 3 minggu hingga sebulan. Beliau menganggarkan semua makanannya itu mencukupi sehingga gaji yang akan datang.

Penyimpanan sayur-sayuran di dalam chiller

Tanpa berlengah kami kami kongsikan bagaimana cara Puan Naeamah menguruskan lauk pauknya. Kami mengubah sedikit beberapa ayat asal tetapi ianya tidak lari dari tujuan perkongsian.

CARA BELIAU MEMBELI BARANG

Katanya jangan beli lauk dalam minggu yang pertama. Mungkin dia ada alasannya yang tersendiri.

HARI SABTU
Beli lauk di pasaraya iaitu udang, sotong dan ikan tongkol

Ikan, udang dan sotong dibeli di pasaraya.

HARI SELASA
Beli di Pasar Malam iaitu ayam dan daging.

Ayam dan Daging dibeli di Pasar Malam

HARI KHAMIS
Beli di Pasar Borong iaitu tulang lembu, ikan dan udang galah.

Lauk yang dibeli di Pasar Borong

Lauk-lauk hendaklah diasingkan ke dalam bekas untuk sekali masak. Asingkan dalam dua bekas jika mahu masak lebih.

Contoh:

Udang – Jika mahu dicampur dengan sayur untuk digoreng atau di dalam tomyam, ambil sebekas. Kalau hendak masak sambal udang juga, agihkan menjadi 2 bekas.

“Saya masak setiap hari, bawa bekal ke pejabat dan masak untuk anak saya sekali”.

“Apabila balik kerja, saya masak lagi untuk makan malam. Cara begini memudahkan kerja kita”.

CARA BELIAU SIMPAN LAUK

1. Masukkan lauk-lauk dalam satu bekas (beliau menggunakan tupperware) untuk sekali masak.

2. Masukkan air ke dalam tupperware hingga menutupi lauk tadi. Tujuan diisi air adalah untuk kekalkan kesegaran lauk tadi.

3. Simpan kat tempat beku.

Daging dan tulang tidak diletakkan air di dalam bekasnya

Puan Naeamah berkata,

“Yang cakap manis udang akan hilang bila letak air sebab simpan lama, terpulang. Kita raikan pendapat berlainan. Pendapat masing-masing. Tapi bagi saya, saya tetap rasa sama saja dengan masa saya baru beli terus masak dengan saya simpan letak air bekukan.”

CATATAN:

  • Lauk yang kena letak air dalam bekasnya ialah Udang, sotong, ikan dam ayam selepas dibersihkan. Kemudia simpan lauk yang dah bersih.
  • Manakala daging dan tulang tidak perlu diletakkan air di dalam bekasnya.

APABILA MAHU DI MASAK

1. Keluarkan lauk dan buka air paip. Udang, ikan dan sotong tidak mengambil masa yang lama untuk dicairkan. Ayam akan mengambil masa yang agak lama.

CARA BELIAU SIMPAN SAYUR

1. Halia, lengkuas dan serai akan diletakkan dalam satu bekas dan masukkan air sehingga menutupi sayuran tersebut.

2. Cili hijau, limau, bawang, daun sup, kacang panjang, cili merah,lobak merah, timun, petai, kobis, sawi Jepun, bunga kobis dan brokoli diletakkan tisu dibahagian bawah supaya diserap air yang akan menitis dalam bekas tersebut.

Cara beliau meletakkan sayur di dalam bekas

Sayur akan tahan lama kecuali sawi Jepun dan kobis tak tahan lama. Walau bagaimanapun untuk seminggu masih dalam keadaan baik.

Nota: Puan Naeamah hanya membeli sayur berdaun untuk bekalan seminggu sahaja.

CARA BELIAU MEMBUAT BAJET UNTUK SEBULAN

1. Bajet Lauk Di Pasaraya

  • Udang biasa: RM 40.00
  • Sotong: RM 32.00
  • Ikan tongkol: RM 27.00
  • Telur: RM11.00

2. Bajet Lauk Di Pasar Malam

  • 2 ekor Ayam: RM35.00
  • Daging: RM37.00

3. Bajet Lauk Di Pasar Borong

  • Tulang lembu: RM 23.00
  • Udang galah: RM 35.00
  • Ikan: RM 23.00

*BAJET MEMBELI LAUK = RM 262.00
*BAJET MEMBELI SAYURAN = RM 20.00  (limau kasturi, cili merah, cili hijau, halia, lengkuas,  lobak merah, sawi jepun dan timun Jepun setakat ni.

Bajet sebenarnya bergantung kepada keperluan sesebuah keluarga atau individu yang menguruskannya.

“Saya bukan nak tunjuk bajet saya. Tapi nak tunjuk cara saya simpan lauk untuk mudahkan kita yang mak-mak ini nak memasak.

Dan juga cara simpan sayur-sayur untuk tahan lama, terutama mak-mak bekerjaya keluar pagi-pagi hari dan hampir nak malam baru balik macam saya”.

“Jangan cakap peti ais besar bolehlah buat macam ini. Saya dah kahwin 14 tahun. Baru kahwin dulu peti ais kecil saja. Tapi saya buat macam ini juga”.

Pada masa tersebut beliau hanya meletak di dalam plastik tanpa diisi air.Kondisi lauk tidak sama jika tidak meletak air. Ia menjadi agak kering.

“Rasanya kering sikit lauk tu berbanding yang letak air macam sekarang. Tapi ok sangat lagi dari tak buat apa-apakan”.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua. Selamat mencuba.

Sumber: Puan Naeamah Balqis

Petua Mudah Hilangkan Cirit Birit

Petua Mudah Hilangkan Cirit Birit Diperingkat Permulaan

Awal Muharram, Sejarah dan Kelebihannya