in

Wanita Islam Tanding Jawatan Presiden Rusia Menentang Vladimir Putin

AinaGamzatova

Aina Gamzatova, 46, wanita dari Dagestan, secara rasmi mengumumkan akan bertanding menentang Vladimir Putin bagi merebut jawatan Presiden Russia dalam pilihan raya Mac 2018.

Menurut Al-Jazeera, ratusan penyokongnya berkumpul bersamanya di Makhachkala, ibu negeri Dagestan, dua hari selepas beliau membuat pengumuman itu melalui Facebook.

SIAPA AINA

Merupakan pemilik syarikat Media Islam terbesar di Russia iaitu Islam.ru yang mempunyai televisyen, radio dan media cetak. Beliau juga aktif menulis buku mengenai Islam dan menguruskan pertubuhan kebajikan.

Isteri kepada Akhmad Abdulaev iaitu Mufti Dagestan. Dagestan merupakan wilayah Russia yang bergolak berikutan perebutan antara pemberontak, suku kaum dan tentera kerajaan yang sudah mengorbankan ribuan nyawa.

Aina and Husband
Aina dan Suaminya, Shiekh Akhmad Abdulaev. @ kumparan.com

Beliau merupakan pengikut Sufi yang mempunyai puluhan ribu pengikut. Ketua mereka, Said-Afandi Chirkavi, terbunuh dalam serangan bom nekad penyerang wanita di Caucasus pada 2012.

Suami pertamanya, Said Muhammad Abubakarov yang juga pemimpin kumpulan Islam, terbunuh dalam letupan bom kereta pada 1998.

Keputusan Aina untuk bertanding menjadi topik perbualan utama dalam kalangan penduduk Islam minoriti di Russia.

Walaupun ramai mengakui hakikat sukar untuknya menang namun ia suatu pencapaian memberangsangkan jika setiap penduduk Islam Russia berjumlah 20 juta orang daripada 140 juta penduduk Russia mengundi.

Minoriti Islam di Rusia. @ Al Jazeera

Aina boleh meraih sokongan besar di Dagestan dan Caucasus Utara yang akan mencalarkan imej Putin dengan isu kadar pengangguran tinggi di wilayah berkenaan.

Namun, Aina menegaskan tidak mahu pencalonannya itu dilihat dari segi agama atau usaha umat Islam menampilkan saingan kepada Putin. Beliau mahu Kremlin bertegas terhadap pemberontak yang mahu menubuhkan negara Islam Wahhabi di Caucasus Utara.

Dalam artikelnya yang disiarkan Islam.ru, Aina berkata:

“Saya perlu menunjukkan secara jelas dan memberi sokongan peringkat kebangsaan terhadap usaha membendung Wahhabism di wilayah terbabit.”

Peningkatan jumlah kumpulan bersenjata bermula pada 1990-an dengan kedatangan ribuan pejuang dari negara Islam menyertai pejuang Chechnya dan sebahagian besarnya adalah dari Arab Saudi yang tidak sehaluan dengan Sufi.

Sumber: My Metro

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Loading…

Comments

Perompak Mati Ditetak Mangsa

Hutang Shahir: Tanyalah Dia – Erra