in

Resepi Ayam Goreng Madu Ala Korea (Yangnyeom Chicken)

Ayam Goreng Ala Korea

Dari Hiburan hingga ke makanan suka sangat tiru gaya Korea dan menjadi ikutan sehingga seperti ketagihan. Namun jika untuk mencuba menu masakan rasanya tidak menjadi masalah. Tentu anda suka ayam pedas ala Korea bukan? Jika anda suka bolehlah ikut resepi yang sangat mudah ini.

Kalau anda beli yang siap masak di kedai harganya agak mahal dan tentu anda merasa ragu-ragu sedikit tentang status halalnya. Jadi elok anda masak sendiri di rumah. Sebagai permulaan cuba saja resepi mudah ini.

Lepas masak anda boleh mencubanya samada ratah begitu sahaja atau makan dengan nasi panas. Lagi menarik kalau masa anda makan tengok cerita korea. Rasa macam berada di Korea. Jangan perasan sangat tau…

yangnyeom chicken recipe
Nampak sedap dan menarik

RESEPI AYAM GORENG ALA KOREA
(YANGNYEOM CHICKEN)

BAHAN-BAHAN

  • 15 ketul kepak ayam
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan tepung jagung
  • 1 sudu kecil serbuk lada hitam
  • 3 ulas bawang putih (dikisar halus)
  • 1 inci halia (dikisar halus)
  • Garam secukupnya
  • Minyak masak untuk menggoreng

CARA MEMASAK

1. Kepak ayam hendaklah dibersihkan terlebih dahulu. Gaul kepak ayam dengan garam, serbuk lada hitam dan bahan kisar. Perapkan selama lebih kurang 30 minit.

2. Kemudian, gaulkan kepak ayam dengan tepung gandum dan tepung jagung. Renjis-renjiskan dengan air. Gaulkan sehingga semua bahagian kepak ayam bersalut tepung.

3. Sediakan kuali dan panaskan minyak masak.

4. Gorengkan kepak ayam sehingga garing dan kuning keemasan. Kemudian angkat dan toskan.

5. Ketepikan.

BAHAN-BAHAN KUAH

  • 3 ulas bawang putih (cincang halus)
  • 3 sudu besar cili kisar
  • 1 sudu kecil serbuk cili (jika suka pedas)
  • 4 sudu besar sos cili
  • 4 sudu besar sos tomato
  • 3 sudu besar madu
  • 2 sudu besar gula pasir
  • 1/2 biji perahan jus lemon
  • garam secukup rasa
  • bijan secukupnya (disangai)
ayam goreng ala korea
Resepi yang anda harus mencubanya

CARA MEMBUAT:

1. Tumis bawang putih dan cili kisar sehingga sedikit garing dan naik bau.

2. Masukkan serbuk cili, sos cili, sos tomato dan madu. Gaul rata.

3. Masukkan perahan jus lemon, gula dan garam secukup rasa. Gaul rata.

4. Apabila kuah hampir pekat, masukkan kepak ayam yang telah digoreng tadi. Gaul sehingga semua kepak ayam bersalut.

5. Angkat dan taburkan bijan yang telah disangai.

6. Siap untuk dihidangkan. Taburkan bijan yang telah disangai.

Selamat mencuba dan nikmati makan malam anda dalam suasan Korea.

Sumber: facebook

Keluhan Pengusaha Katering Jujur Mengenai Pembaziran Makanan Semasa Kenduri

Rakyat Terengganu Dikecualikan Membayar Cukai Pintu Tahun 2019