in ,

Yuna Sah Bergelar Isteri Kepada Adam Sinclair

Yuna dan Adam sah bergelar suami isteri

Penyanyai bertaraf antarabangsa yang telah melebarkan sayapnya di Amerika Syarikat, Yunalis Dato’ Mat Zara’ai atau Yuna, 31 selamat diijabkabulkan dengan pengarah, Adam Sinclair, 33 dengan sekali lafaz pada sebuah majlis yang diadakan secara tertutup bertempat di Puncak Rimba, Bentong Pahang.

Yuna sah bergelar isteri kepada Adam Sinclair
Yuna kini bergelar isteri kepada Adam Sinclair

Majlis Pernikahan tersebut diwalikan oleh ayahanda Yuna sendiri dan disempunakan oleh wakil daripada Majlis Agama Bentong, Pahang iaitu Ustaz Azmi, kira-kira jam 7 petang semalam. Adam Sinclair merupakan adik kepada pelakon Ashraf Sinclair.

Dalam majlis tertutup itu, pihak Adam memberikan tujuh dulang hantaran manakala Yuna, yang cukup popular dengan lagu Dan Sebenarnya itu membalas sembilan dulang hantaran.

Video 1:

Mereka telah mengikat tali pertunangan pada 5 Ogos tahun lalu.

Majlis pernikahan tersebut telah dihadiri oleh kira-kira 300 tetamu terdiri daripada ahli keluarga dan rakan-rakan terdekat dari Malaysia dan Amerika Syarikat. Majlis berjalan dengan lancar dan meriah.

Yuna dan Adam Sinclair kini suami isteri
Semoga bahagian hingga ke anak cucu

Pasangan ini bakal mengadakan sebuah majlis Resepsi Tertutup di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) sebagai lokasi resmi pada Ahad ini.

Semoga pernikahan ini akan berkekalan sehingga ke anak cucu dengan aman bahagia dan penuh barakah.

Video 2:

Sumber: MD

Guru Mengamuk Semasa Menysuarat Dipindahkan Ke PPD

Guru Yang Mengamuk Semasa Mesyuarat Dipindahkan Ke PPD Kulim, Bandar Baharu

Memaksa Kanak-Kanak Memakai Tudung Perlu Dikira Sebagai Jenayah – Maryam Lee