in , ,

Zikir Fatimah – Meredakan Keletihan Wanita Dalam Menguruskan Rumahtangga. Rugi Kalau Tak Amal

Kelebihan Zikir Fatimah

Seorang isteri sangat sibuk dengan tugas sehariannya. Walaupun mereka tidak bekerja, tugas-tugas mereka di rumah kadang kala melebih 15 jam sehari. Jika isteri itu bekerja, tugasnya semakin bertambah. Daripada bangun tidur sehinggalah hendak melelapkan mata, penuh dengan tugas.

Tidak hairan jika ramai para isteri yang mengeluh penat dan stres dek kerana tugas yang terlalu banyak dan tidak menang tangan untuk melaksanakannya terutama bila sudah bergelar ibu.

Amalkan Zikir Fatimah
Sangat meletihkan apabila balik ke rumah, terpaksa kemaskan dalam rumah selepas seharian bekerja.

Sesekali seseorang wanita khasnya surirumah perlu juga berehat untuk meredakan kepenatan ini.  Antaranya adalah pergi bercuti bercuti dan sesekali pergi ke spa untuk rawatan tubuh.

Selain itu, sebenarnya dalam Islam sendiri telah tersedia penawar untuk menghilangkan kepenatan melalui amalan Zikir atau Tasbih Fatimah yang diajarkan oleh Rasululullah SAW kepada puterinya Saidatina Fatimah R.A.

Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim ada menceritakan, pada satu hari puteri Saidatina Fatimah R.A mengadu kepada suaminya iaitu Saidina Ali bin Abu Talib R.A bahawa tangannya berasa sakit dan keletihan kerana terlalu banyak kerja rumah yang perlu beliau lakukan.

Kemudian Saidatina Fatimah R.A pergi menemui ayahandanya baginda Rasulullah SAW untuk meminta seorang pembantu. Walau bagaimanapun pada masa itu Saidanita Fatimah tidak dapat menemui Rasulullah SAW dan hanya bertemu dengan Saidatina Aisyah R.A.

Lalu Saidatina Fatimah R.A meninggalkan permintaannya itu kepada Saidatina Aisyah R.A untuk disampaikan kepada Ayahandanya. Apabila Rasulullah SAW tiba di rumah, Saidatina Aisyah R.A pun memberitahu baginda tentang hajat puterinya.

Lalu baginda pergi menemui puteri serta menantunya yang ketika itu telah beradu di tempat tidur mereka. Keduanya mahu bangun ingin menghampiri baginda tetapi baginda meminta mereka supaya tidak bergerak dari situ.

Rasulullah SAW bersabda:

“Mahukah kamu berdua aku ajarkan sesuatu yang lebih baik daripada apa yang kamu berdua minta? Ketika kalian berbaring hendak tidur, maka bacalah Takbir (Allahu Akbar) 34 kali, Tasbih (Subhanallah) 33 kali dan Tahmid (Alhamdulillah) 33 kali. Sesungguhnya yang demikian itu lebih baik bagi kalian daripada seorang pembantu.”

(HR. Muslim, no: 4906)

Oleh itu marilah kaum muslimat sekelian kita amalkan apa yang diajarkan oleh Rasulullah SAW itu. Ini kerana anda semua tentu berasa penat setelah melakukan tugas-tugas harian. Sebelum melelapkan mata sama-samalah kita amalkan Zikir/Tasbih Fatimah setaip malam.

ZIKIR ATAU TASBIH FATIMAH

  • Baca Allahu Akbar sebanyak 34 kali
  • Baca Subhanallah sebanyak 33 kali
  • Baca Alhamdulillah sebanyak 33 kali

Didik hati kita juga supaya melakukan semua tanggungjawab dengan seikhlas hari supaya kita tidak merasakan ia sebagai bebanan yang sangat memenatkan.

Sumber: Dunia dan Akhirat

Trengganu Pertimbang Jawatan Untuk Dr Ilyani

Kerajaan Negeri Trengganu Pertimbang Jawatan Untuk Dr Nur Ilyani Jika Beliau Dipecat

Doa Hari Arafah

Doa Hari Arafah