in , ,

Neelofa komen: “Susuk Sikit Peghok Tu Zang”. Sekali Zizan Razak Balas Balik Habis Semua Tersembur

zizan razak

Aktiviti berbasikal sudah lama mendapat tempat dikalangan penduduk negara ini. Dan sejak akhir-akhir ini juga, aktiviti tersebut juga semakin mendapat tempat di kalangan artis tempatan termasuk Zizan Razak.

Semua maklum sebelum ini beberapa artis terkenal seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza, Alif Satar, Zamarul Hisham, Sharnaaz Ahmad, Shukri Yahaya dan ramai lagi sering menjadi tumpuan warganet.

Zizan Razak Juga Aktif Berbasikal

Terbaharu, aktiviti sama yang dikongsikan pelawak, Zizan Razak turut menarik perhatian ramai.

Tetapi apa yang lebih mencuit hati menerusi keterangan gambar yang dimuat naik oleh pelakon, pelawak dan juga pengacara itu. Antaranya adalah keterangan gambar yang dimuat naik bersama pengacara dan penyampai berita TV3, Hawa Rizwana Redzuan.

“Kayuhan bersama Hawa Rizwana hari ini membuatkan abang tidak penat untuk mendaki bukit hatimu. Wah, ayat padu!

“Kayuhan bersama gadis gadis pantas yang membuatkan bang zan nak azan kat situ tadi. Jadi next week akan repeat lagi. So sesiapa nak join kayuhan cinta dm bang zan.” tulisnya.

Neelofa komen, jawapan balas Zizan Razak memang kelakar habis..

Komen yang ditulis pengacara, Neelofa juga mendapat reaksi spontan yang dibalas secara lawak oleh Zizan.

“Susuk sikit peghok tu Zang (sorok sikit perut tu Zang),” tulis Neelofa.

Komen itu mendapat lebih 130 tanda suka pengikut Zizan di Instagram.

“Itukan anak kita sayang. Nanti kita gi scan tengok laki ke perempuan ok. #lozan,” balas Zizan

Jawapan balas Zizan itu mendapat lebih 150 tanda suka, rata-rata geli hati dengan usikan pelawak itu terhadap Neelofa yang juga berasal dari pantai timur.

“Hahaha vongoklah mu ni Zizang..nakal mu orkkk” tulis Anep.

Zizak Razak

Sementara itu Hawa Rizwana sebelum ini turut menjawab isu gosip bercinta dengan Zizan Razak.

“Tiada istilah bercinta, kami hanya kawan biasa. Semua yang berlaku itu hanya kebetulan dan saya sudah jelaskan situasi sebenar.

“Gosip dengan Zizan pula timbul selepas viral video terbitan mStar pada September lalu dan ia mula menjadi perbualan ramai memandangkan saya juga merupakan seorang wartawan jadi kami pernah kenal di lokasi tugasan, itu sahaja,” katanya kepada mStar.

Mengakui masih belum berpunya, gadis berusia 24 tahun ini berkata dia mencari seorang lelaki yang matang dan penyayang untuk dijadikan kekasih.

Namun yang menjadi keutamaan ialah lelaki itu haruslah mengenali bapanya, Profesor Datuk Dr Ahmad Redzuan Abd Rahman dan menerima restu keluarga terlebih dahulu.

“Saya tak pernah meletakkan ciri-ciri khas untuk bakal kekasih, kalau rasa serasi okay sahaja, cumanya kalau boleh dia seorang lelaki yang bertanggungjawab, matang, setia dan penyayang.

“Yang paling penting kena dapatkan kebenaran dan kenal ayah saya dulu, tapi buat masa ini saya belum terfikir lagi tentang hubungan cinta kerana fokus saya adalah kerjaya dan ingin menamatkan pengajian master terlebih dahulu,” ujarnya.

Baca – Lisdawati Mohon Jangan Kongsi Gambarnya Yang Tidak Berhijab

Sumber: Figuraku

Written by Admin

Saya orang biasa yang ada perlindungan takaful dan insurans. Suka travel seperti orang lain. Pernah naik flight untuk travel seperti Air Asia, Malindo, Malaysia Airlines dan Fire Fly. Nak cuba juga naik Scoot, Singapore Airlines, Qantas, Thai Airways, British dan sebagainya namun belum ada rezeki. Selain nasi sebagai makanan utama suka juga makan KFC, Mc Donalds dan sesekali Burger Kings. Minat bermain forex tapi tak pandai. Mempunyai akaun simpanan seperti Maybank, CIMB Bank, Hong Leong Bank dan AmBank tetapi duit belum tentu ada. Membeli belah dengan kemudahan kad debit. Tak pernah cuba kad kredit atau lain-lain kad.

cara elak semut

Cara Elak Semut Naik Atas Meja Makan. Hanya Guna Stokin Lama, Selesai!

Bantuan Khas Ibu Tunggal RM300 One Off. Daftar Online Sekarang!