‘Tuduhan Itu Seperti Kami Tidur Sebilik’ Zul Ariffin Menafikan Dakwaan Yang Dia Bercinta Semula Dengan Gayatri

Cerita panas dan kontroversi perhubungan artis lelaki terkenal Zul Ariffin dan Zahirah Macwilson sehingga kini masih lagi belum selesao apabila pelakon Tombiruo itu baru-baru ini dikatakan mengharapkan bapa kepada Zahirah iatu Zainol Macwilson supaya bersikap lebih matang serta turut berterus terang sekiranya tidak merestui hubungan mereka. Zul turut memaklumkan bahawa dia bersedia untu mengundur diri jika bapa Zahirah tidak merestui hubungan anak perempuannya itu dengan Zul Ariffin.

Sumber: Zul Ariffin

Kisah pergolakan hubungan pasangan ini masih belum selesai, terpalit pula satu khabar angin yang menyatakan bahawa Zul kini telah kembali bercinta semula dengan kekasih lamanya iaitu Gayatri Su-Lin Pillai.

Lebih mengejutkan apabila ada satu laporan dari peminatnya yang mendakwa ternampak Zul dan Gayatri keluar bersama daripada sebuah hotel terkemuka. Walau bagaimanapun, Zul dilihat menafikan dakwaan berkenaan.

Pertemuan Atas Sebab Kerja

Zul menjelaskan kepada Berita Harian hubungannya dengan Gayatri bersifat profesional, tidak lebih dari seorang pelakon dan penerbit sambil mengakui mereka masih mengekalkan perhubungan yang baik walaupun telah berpisah.

Kata Zul, kebanyakan masa diluangkan bersama Gayatri adalah atas dasar urusan kerja, lebih-lebih lagi sekarang bagi pembikinan filem, Hantu Kak Limah 2017. Gayatri difahamkan menyumbang sebagai penerbit bagi filem berkenaan yang kini sedang menjalankan penggambaran di Taiping, Perak.

Sumber: Twitter

Gayatri sebagai penerbit eksekutif filem berkenaan, jadi hubungan kami adalah atas dasar kerja. Kami pun memang baik sejak dulu lagi. Saya dan Gayatri juga bersikap profesional ketika bekerja.

Saya kecewa dengan dakwaan kononnya ada pihak melihat kami berdua di hotel, seolah-olah menuduh kami tidur sebilik. Sedangkan pelakon, pengarah, kru produksi dan pihak media massa ditempatkan di hotel sama.

Maruah Diri Tercalar

Tambah Zul, dakwaan itu sedikit sebanyak mencalarkan maruahya lagi-lagi apabila gosip tersebut mula tersebar waktu dia berada di kampung halaman.

Apabila gosip ini tersebar, ia sedikit sebanyak mencalarkan maruah saya. Mana mahu letak muka, kebetulan saya pula menjalani penggambaran di kampung halaman sendiri.

Sumber: Berita Harian

Aktor itu turut meluahkan rasa kecewa dengan sikap segelintir peminat yang seolah tidak menghormati hak privasinya yang bertindak menyebarkan gambar dan nombor plat keretanya.

Saya kesal dengan tindakan mereka yang tidak menghormati privasi saya kerana ia secara tidak langsung boleh membahayakan keselamatan saya.

Selain dakwaan itu tidak benar, apa yang dilakukan juga melanggar hak peribadi kerana nombor kereta saya juga sudah diketahui umum.

Inilah harga yang harus dibayar oleh seorang pelakon selepas menjadi artis terkenal apabila selepas satu dan satu perkara yang tidak diinginkan berlaku dan terus berlaku.

Sumber: Oh Bulan & Berita Harian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *